QISAS
PENGERTIAN QISAS
Qisas
mengikut pengertian bahasa ialah persamaan atau mengikut. Oleh itu, qisas
menurut pengertian bahasa tersebut ialah seseorang yang melakukan jenayah
tertentu akan diikuti dengan hukuman qisas sama seperti yang telah dilakukan
terhadap mangsanya. Mengikut kitab Fiqh Perundangan Islam, qisas dari segi
bahasa bermaksud perturutan kes. Mengikut syarak ianya adalah membalas
penjenayah sama seperti perbuatannya.
SYARAT
WAJIB QISAS
Untuk
menjatuhkan hukuman qisas terhadap pembunuhan sengaja mestilah
memenuhi syarat-syarat tertentu. Sekiranya syarat tersebut tidak dipenuhi,
penjenayah hanya dikenakan hukuman diyat atau ganti rugi sahaja kepada mangsa.
Oleh itu,syarat wajib qisas terbahagi kepada dua bahagian iaitu :
·
Syarat terhadap pembunuhan.
·
Syarat terhadap mangsa.
SYARAT
TERHADAP PEMBUNUHAN
Syarat
terhadap pembunuhan pula dapat dibahagikan kepada beberapa syarat.
Diantaranyaialah :
·
Membunuh dengan niat sengaja.
·
Pembunuhan orang yang waras.
·
Pembunuhan orang yang baligh.
·
Membunuh dengan kerelaan sendiri.
·
Pembunuhan dilakukan secara langsung.
·
Penjenayah atau pembunuh bukan bapa
kepada mangsa.
·
Penjenayah atau pembunuh adalah lebih rendah
martabatnya daripada mangsa.
SYARAT
TERHADAP MANGSA
Terhadap
mangsa juga mempunyai beberapa syarat tertentu. Diantaranya ialah :
·
Mangsa bukan dari kalangan
orang yang ada hak terhadap pembunuh.
·
Mangsa bukan milik
pembunuh.
·
Mangsa adalah terpelihara darahnya.
HALANGAN
PELAKSANAAN
QISAS
Halangan
terhadap pelaksanaan qisas terbahagi kepada dua bahagian iaitu :
·
Halangan bentuk umum.
·
Halangan bentuk khusus.
HALANGAN
BENTUK UMUM
Antara
halangan umum daripada pelaksanaan hukuman qisas yang dilakukan dengan sengaja oleh
penjenayah ialah seperti berikut :
·
Belum cukup umur.
·
Tidak waras.
·
Penjenayah atau pembunuh adalah bapa atau
datuk, nenek atau emak terhadap yang dibunuh.
·
Penjenayah atau pembunuh lebih tinggi
martabatnya berbanding mangsa.
HALANGAN
BENTUK KHUSUS
Antara
halangan bentuk khusus terhadap penjenayah yang melakukan pembunuhan secara
sengaja adalah seperti berikut :
·
Tidak ada persamaan anggota.
·
Tidak mungkin dapat diselesaikan dengan cara
selamat.
BAHAGIAN-BAHAGIAN
QISAS
Bahagian
Qisas dapat dibahagikan kepada dua iaitu :
·
Qisas fi nafs (qisas pembunuhan).
·
Qisas ghairu nafs (qisas
selain pembunuhan).
QISAS PEMBUNUHAN
Qisas
pembunuhan yang dimaksudkan disini ialah menghilangkan nyawa seseorang dengan syarat
pelaksanaan hukuman qisas tersebut ialah si pembunuh memenuhi syarat
untuk dilaksanakan hukuman qisas.
QISAS SELAIN PEMBUNUHAN
Qisas
selain pembunuhan dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu :
·
Qisas pada anggota tubuh seperti mata, hidung,
telinga, tangan, dan kaki.
·
Qisas pada luka dengan pelbagainya.
JENIS
JENAYAH QISAS
Antara
jenis jenayah qisas ialah :
·
Membunuh.
·
Mencederakan dan memotong anggota manusia
dengan sengaja
MEMBUNUH
Membunuh
secara umumnya dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu :
·
Membunuh dengan sengaja.
·
Membunuh dengan separuh sengaja.
·
Membunuh dengan tidak sengaja.
MEMBUNUH
DENGAN SENGAJA
Membunuh
dengan sengaja mengikut pengertian umum membawa maksud segala
perbuatan jahat dengan niat yang mana ekoran tindakannya itu menyebabkan
kematian, sama ada ia bertujuan untuk membunuh atau tidak asalkan dengan
syarat pembunuhannya itu boleh menyebabkan kematian. Ianya diertikan juga
sebagai perbuatan menghilangkan nyawa manusia dengan sengaja atau kematian
seseorang disebabkan pembunuhan yang dilakukan tanpa hak. Iaitu pembunuhan dengan niat dan benar-benar bertujuan
membunuh serta alat yang digunakan itu benar-benar boleh membunuh.
HUKUM
MEMBUNUH DENGAN SENGAJA
Membunuh
dengen sengaja adalah satu dosa besar dan jenayah.
Lebih-lebih lagi terhadap orang Islam.
Sebagaiman firman Allah SWT dalam surah al-Nisa ayat 93 yang berbunyi
:
93. dan sesiapa Yang membunuh seorang mukmin Dengan
sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, dan Allah
murka kepadaNya, dan melakanatkannya serta menyediakan baginya azab
seksa Yang besar
Lantaran jenayah membunuh
adalah dosa besar, syariat Islam telah menetapkan sesiapa yang membunuh dengan
sengaja mestilah didakwa dan setelah sabit jenayah itu, ia dikenakan hukuman qisas dengan bunuh balas.
Sebagaimana
firman Allah SWT dalam surah al-Isra ayat 33 yang berbunyi :
33. dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia
Yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali Dengan alasan Yang benar. dan
sesiapa Yang dibunuh secara zalim,maka Sesungguhnya Kami telah menjadikan
warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah ia
melampau Dalam menuntut balas bunuh itu, kerana Sesungguhnya iaadalah mendapat
sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak).
Bagi pembunuhan sengaja iaitu dengan niat dan tujuan
yang benar-benar membunuh sertadengan menggunakan alat biasanya boleh membunuh dan mematikan
manusia, hukumannya mestilah dengan bunuh balas balik kecuali jika mendapat
kemaafan daripada ahli waris mangsa.
MEMBUNUH
SEPARUH SENGAJA
Membunuh
dengan separuh sengaja atau syubhul µamdi iaitu perbuatan yang dilakukan oleh seseorang
dengan sengaja namun sebenar niat hati kecilnya bukanlah dengan tujuan membunuh.
Contohnya seseorang memukul orang lain dengan alat yang kebiasaannya tidak dapat
membunuh tetapi sebaliknya dengan sebab pukulannya itu telah menyebabkan kematian.Setiap
kesalahan yang dilakukan dengan menggagap kelakuan tersebut tidak membawa
kepada mencederakan tetapi yang berlaku adalah sebaliknya
dinamakan pembunuhan separuh sengaja.
HUKUMAN
MEMBUNUH SEPARUH SENGAJA
Sesiapa
yang membunuh separuh sengaja yang sabit kesalahannya tidak wajib qisas namun diwajibkan
terhadap keluarga si pembunuh membayar diyat yang berat
dan secara beransur-ansur kepada waris yang terbunuh selama tiga tahun.
Bayaran diyatnya adalah 100 ekor unta dan dibayar mengikut ketetapan
seperti berikut :
·
30 ekor unta betina selama 3 tahun.
·
30 unta betina selama 4 tahun.
·
40 unta bunting.
MEMBUNUH
DENGAN TIDAK SENGAJA
Ulama
dan fuqaha membahagikan pembunuhan tidak sengaja kepada beberapa bahagian tertentu
yang lebih terperinci iaitu :
·
Perbuatan sengaja namun bukan tujuan
kepada mangsa.
·
Perbuatan sengaja terhadap mangsa namun tersalah
anggapan.
·
Sebagai membunuh dengan tidak sengaja atau
akibat kecuaian menyebabkan mangsa terbunuh.
·
Tindakan menyebabkan mangsa terbunuh.
HUKUMAN
MEMBUNUH TIDAK SENGAJA
Jumhur ulama berpendapat semua bentuk pembunuhan
tidak sengaja tersebut tidak wajib qisas tetapi dikenakan diyat. Iaitu diyat
yang dikenakan adalah lebih ringan daripada pembunuhan separuh sengaja.
Diyat mesti dibayar oleh ahli waris pembunuh dengan cara beransur-ansur selama
tiga tahun. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah an-Nisa ayat 92 yang berbunyi :
92. dan tidak harus sama sekali bagi seseorang
mukmin membunuh seorang mukmin Yang lain, kecuali Dengan tidak sengaja.
dan sesiapa Yang membunuh seorang mukmin Dengantidak sengaja, maka
(wajiblah ia membayar kaffarah) Dengan memerdekakan seorang hamba Yang beriman serta membayar
"diah" (denda ganti nyawa) Yang diserahkan kepadaahlinya
(keluarga si mati), kecuali jika mereka sedekahkan (memaafkannya). tetapi jika
ia(yang terbunuh Dengan tidak sengaja) dari
kaum (kafir) Yang memusuhi kamu, sedang ia sendiri beriman, maka (wajiblah
si pembunuh membayar kaffarah sahaja dengan)memerdekakan seorang hamba Yang
beriman. dan jika ia (orang Yang terbunuh Dengantidak sengaja itu) dari kaum
(kafir) Yang ada ikatan perjanjian setia di antara kamu Denganmereka, maka
wajiblah membayar "diah" (denda ganti nyawa) kepada keluarganya
sertamemerdekakan seorang hamba Yang beriman. Dalam pada itu, sesiapa Yang
tidak dapat (mencari hamba Yang akan dimerdekakannya), maka hendaklah ia
berpuasa dua bulanberturut-turut; (Hukum Yang tersebut) datangnya dari
Allah untuk menerima taubat (membersihkan
diri kamu). dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
MENCEDERAKAN
ATAU MEMOTONG TANGAN
Jenayah
mencederakan orang lain ialah setiap perbuatan jahat dengan niat yang
dilakukandengan cara memukul atau memotong yang tidak menyebabkan kematian
namun ia berdasarkan natijah atau hasil perbuatan itu. Sebagaimana qisas
terhadap pembunuhan yang dilakukan dengan sengaja dalam kes jenayah
mencederakan dan memotong dengan dikenakan qisas juga.
Iaitu
dengan dihukum qisas jenis yang sama contohnya tangan kiri dengan tangan kiri
dan kaki kiri dengan kaki kiri juga. Sebagaimana firman Allah SWT dalam
surah al-Maidah ayat45 yang berbunyi :
45. dan Kami telah tetapkan atas mereka di
Dalam Kitab Taurat itu, Bahawa jiwa dibalas Dengan jiwa, dan mata dibalas
Dengan mata, dan hidung dibalas Dengan hidung, dantelinga dibalas Dengan telinga, dan gigi dibalas
Dengan gigi, dan luka-luka hendaklahdibalas (seimbang). tetapi sesiapa Yang
melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus
dosa baginya; dan sesiapa Yang tidak menghukum Dengan apa Yang telahditurunkan
Allah, maka mereka itulah orang-orang Yang zalim.
JENIS
JENAYAH MENCEDERAKAN DAN MEMOTONG
Fuqaha
telah membahagikan jenis jenayah mencederakan orang lain kepada 5 bentuk yanglebih khusus iaitu :
·
Memotong mana-mana anggota.
·
Menghilangkan mana-mana anggota.
·
Melukakan bahagian muka dan kepala
·
Melukakan bahagian tubuh badan selain kepala dan
muka.
·
Melakukan kecederaan yang tidak disebut di atas.
SYARAT QISAS MENCEDERA DAN
MEMOTONG
Kesalahan
jenayah bentuk ini juga mestilah dengan mempunyai syarat tertentu iaitu :
·
Anggota yang dipotong
tidak kurang dengan anggota yang hendak diqisas.
·
Kecederaan dan luka yang dilakukan oleh
penjenayah terhadap mangsa dapat dinilai dengan senang.
SYARAT-SYARAT
QISAS
·
Mukallaf iaitu baligh dan berakal.
·
Pembunuhan dilakukan dengan sengaja.
·
Pembunuhan yang dilakukan secara sengaja tidak
ada kesamaran.
·
Pembunuh ada kebebasan
bertindak.
PENGGUGURAN
QISAS
·
Kematian penjenayah.
·
Pengampuanan.
·
Perdamaian.
·
Perwarisan qisas.
PELAKSANAAN HUKUMAN QISAS
·
Wali dari orang yang terbunuh baligh
dan berakal.
·
Wali korban sepakat untuk melakukan qisas.
·
Qisas hanya berlaku pada si pelaku.
DIYAT
PENGERTIAN DIYAT
Diyat mengikut pengertian istilah
umum ialah suatu hukuman sebagai alternatif daripadahukuman qisas iaitu dalam
kes-kes seandainya terdapat sesuatu halangan untuk dilaksanakan qisas atau juga
kerana ada sebab tertentu yang menggugurkan qisas terhadap penjenayah
dan pembunuh. Diyat mengikut pengertian lain juga ialah sejumlah bayaran
kepada mangsa atau waris. Dalam sesetengah keadaan juga diyat dilakukan apabila
penjenayah atau pembunuh diberi kemaafan oleh pihak ahli waris mangsa atau
dalam kes pembunuh meninggal dunia sebelum dilaksanakan hukuman qisas terhadap
dirinya. Manakala pembunuhan keatas kafir Zimmi adalah diwajibkan membayar diyat melalui firman Allah SWT dalam
surah an-Nisaayat 92 yang berbunyi :
92. dan tidak harus sama sekali bagi seseorang
mukmin membunuh seorang mukmin Yang lain, kecuali Dengan tidak sengaja.
dan sesiapa Yang membunuh seorang mukmin Dengan tidak sengaja, maka
(wajiblah ia membayar kaffarah) Dengan memerdekakan seorang hamba Yang beriman serta membayar
"diah" (denda ganti nyawa) Yang diserahkan kepadaahlinya
(keluarga si mati), kecuali jika mereka sedekahkan (memaafkannya). tetapi jika
ia(yang terbunuh Dengan tidak sengaja) dari
kaum (kafir) Yang memusuhi kamu, sedang ia sendiri beriman, maka (wajiblah
si pembunuh membayar kaffarah sahaja dengan)memerdekakan seorang hamba Yang
beriman. dan jika ia (orang Yang
terbunuh Dengan tidak sengaja itu) dari kaum (kafir) Yang adaikatan
perjanjian setia di antara kamu Dengan mereka, maka wajiblah membayar
"diah" (denda ganti nyawa)
kepada keluarganya serta memerdekakan seorang hamba Yang beriman. Dalam
pada itu, sesiapa Yang tidak dapat (mencari hamba Yang akandimerdekakannya),
maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut; (Hukum Yang tersebut)
datangnya dari Allah untuk menerima taubat (membersihkan diri kamu). dan(ingatlah)
Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
PEMBAYARAN
DIYAT PEMBUNUHAN DENGAN SENGAJA
Pembayaran
diyat merupakan suatu pembalasan yang dilaksanakan terhadap pembunuh yang tidak
boleh dilakukan qisas terhadapnya. Dalam kes ini para ulamak berbeza pendapat.Diantaranya
ialah :
·
Menurut pendapat Imam Syafii dan jumhur ulamak,
diyat itu diwajibkan terhadap pembunuh ketika gugur hukum qisas
terhadapnya sama ada dengan kerelaannya ataupun tanpa kerelaannya.
·
Menurut Imam Hanafi pula, diyat tidak wajibkan keatas
pembunuh kecuali dengan kerelaan dan kemahuannya.
DIYAT
PEMBUNUHAN SENGAJA
Waris
kepada pembunuh atau pembunuh tersebut mestilah membayar diyat yang berat iaitu
sejumlah 100 ekor unta iaitu :
·
30 ekor unta betina
berusia 3 tahun.
·
30 ekor unta betina
berusia 4 tahun.
·
40 ekor unta yang sedang
bunting.
DIYAT
PEMBUNUHAN SEPARUH SENGAJA DAN TIDAK SENGAJA
1.Menurut
pendapat ³Qaul Jadid Imam Syafii´, pembayaran diyat untuk pembunuhan separuh
sengaja yang telah dilakukan adalah dengan unta sahaja. Iaitu membayar sebanyak 100 ekor unta yang berat. Diyat wajib
dibayar kepada ahli waris mangsa selama tiga tahun. Tiap-tiap akhir
tahun dibayar 1/3 daripadanya sehingga selesai selama tiga tahun. Diyat
yang berat tersebut ialah :
·
30 ekor unta berusia tiga
tahun yang masuk tahun keempat.
·
30 ekor unta berusia empat
tahun yang msuk tahun kelima.
·
40 ekor unta yang sedang
bunting.2.
Manakala
kesalahan bagi pembunuhan yang tidak sengaja adalah membayar diyat dengan 100 ekor unta yang lebih ringan. Iaitu :
·
20 ekor unta betina
berusia satu tahun yang masuk tahun kedua.
·
20 ekor unta betina
berusia dua tahun yang masuk tahun ke tiga.
·
20 ekor unta betina
berusia tiga tahun yang masuk tahun ke empat.
·
20 ekor unta betina
berusia empat tahun yang masuk tahun ke lima.
·
20 ekor unta jantan
berusia dua tahun yang masuk tahun ketiga.3.
Mengikut
Imam Malik dan Imam Abu Hanifah, pembayaran diyat boleh dilakukandengan emas,
perak atau unta. Selain itu jika tidak ada unta ditempat tersebut
makadibolehkan membayar diyat dengan sejumlah wang yang nilainya sama dengan
harga pasaran unta.
KADAR
DIYAT
1.
Kadar diyat adalah dikira mengikut
bilangan unta iaitu harta yang paling bernilai ketika dulu.
Kadar penuh diyat ialah
100 ekor unta. Walau bagaimanapun, para ulamak berpendapat boleh mengantikan
100 ekor unta dengan harta yang senilai dengannya pada masa kini. Di
antaranya ialah :
·
Wang emas
·
1000 dinar.
·
Wang perak = 10,000 -12,000 dirham
·
Lembu = 200 ekor.
·
Kambing = 2000 ekor.
·
Persalinan =
200 persalinan lengkap.
2.Diyat
perempuan 1/2 daripada diyat lelaki. Sebagaimana Hadis Nabi MuhammadSAW yang mafhumnya : ³Diyat perempuan adalah separuh diyat lelaki´
3.Diyat
hamba adalah 1/2 diyat orang yang merdeka.
DIYAT
BAGI MENCEDERAKAN ANGGOTA BADAN
·
100 ekor unta untuk anggota tunggal seperti,
terputusnya lidah, hilang akal,menyebabkan
lumpuh seluruh anggota badan dan hilang keupayaan bersetubuh.
·
50 ekor unta untuk anggota yang berpasangan,
jika kedua-duanya terlibat maka diyatnya 100 ekor unta. Ia melibatkan salah
satu daripada kaki atau tangan, mata dantelinga.
·
30 ekor unta untuk luka
al-Ja'ifah (luka hingga ke dalam bahagian otak).
·
30 ekor unta untuk luka
Al-Ma'muumah ( luka yang sampai ke selaput kepala).
·
25 ekor unta untuk anggota yang 4 bahagian
(pasang) seperti kelopak mata. Setiap satu
kelopak mewakili 25 unta.
·
10 ekor unta untuk luka
Al-Hasyimah (luka yang memecah @ mematahkan tulang).
·
15 ekor unta untuk luka
Al-Munqilah (luka yang sampai ke tulang dan mematahkannya sehingga tergeser dari tempatnya).
·
10 ekor unta untuk anggota yang ada 10 bahagian
seperti jari tangan dan jari kiri. Setiap satu jari jika patah mewakili
10 ekor unta.
·
5 ekor unta untuk luka Mudhihah @ Muwadhdhohah
(luka yang menampakkan tulang)
by : saiful fadhli dan abdullah basyir
No comments:
Post a Comment