Wednesday, 2 May 2012

peminangan


Pengertian Khitbah

Khitbah adalah mengungkapkan keinginan untuk menikah dengan seseorang perempuan tertentu dengan cara memberitahu perempuan yang menjadi pilihannya untuk dijadikan isteri serta dikhabarkan juga kepada walinya.
Khitbah boleh berlaku dengan cara si lelaki yang berkeinginan terhadap perempuan tersebut berjumpa secara langsung dengan walinya untuk menyatakan hasratnya itu,atau pun boleh juga melalui perantaraan keluarga.Jika si perempuan atau keluarga bersetuju,maka khitbah tersebut adalah sah.

Hadith


Manakala di dalam hadith Nabi junjungan, Nabi Muhammad SAW, Baginda ada juga menyebut akan perihal pertunangan. Dari Ibn Umar, Rasulullah SAW bersabda bahawasanya, “Tidak boleh meminang seorang atas pinangan saudaranya sehingga yang meminang sebelumnya itu meninggalkan pinangannya atau diizinkan baginya”[5].
Dari Abu Hurairah, beliau berkata, pernah aku duduk berdekatan dengan Baginda. Lalu datang kepada Baginda seorang lelaki, maka diceritakan bahawa lelaki tersebut akan mengahwini seorang perempuan dari kaum Ansar. Baginda bertanya “Sudahkah kamu melihat rupanya?”. Lelaki itu menjawab “Belum”. Maka Baginda menyuruh lelaki tersebut agar melihat perempuan yang ingin dikahwininya terlebih dahulu.
Baginda SAW juga pernah memberi nasihat kepada Mughirah bin Syu’ban yang ingin meminang seorang perempuan. Maka Baginda menasihatinya agar melihat perempuan itu terlebih dahulu. Sabda Baginda “Lihatlah dia terlebih dahulu agar nantinya kamu boleh hidup bersama lebih selesa dalam rumahtangga”.

Hikmah Khitbah

1.Sebagai pendahuluan perkahwinan
2.Satu cara yang membolehkan kedua-dua pihak saling kenal mengenali.
3.Sebagai satu cara untuk mempelajari akhlak,tabiat dan kecenderungan  masing-masing.
4.Adanya khitbah membolehkan kedua-dua pihak merasa tenteram bahawa kedua-duanya akan hidup bersama dengan selamat,aman,bahagia,tenang dan penuh rasa cinta apabila berkahwin.


Macam-macam Khitbah

1.Khitbah diungkap secara terang-terangan
Contoh :(Seorang lelaki melafazkan kata-kata ini kepada seorang perempuan.”Saya ingin menikahi si fulanah”.
2.Bentuk khitbah seterusnya dilakukan secara implisit atau dengan sindiran dan indikasi
Contoh :(Seorang lelaki berbicara dengan seorang perempuan,seperti “Kamu sangat layak untuk dinikahi”,atau,“Orang yang mendapat kamu tentu beruntungkan?”,atau juga “Saya sedang mencari wanita yang sehaluan dengan saya”,dan semaksud dengannya.

Khitbah Perempuan Yang Telah Dikhitbah

Hukumnya haram mengkhitbah perempuan yang telah dikhitbah oleh orang lain.Ini berdasarkan ijma’ ulama yang mengharamkan khitbah kedua setelah  jelas sahnya khitbah pertama serta orang yang pertama itu tidak mengizinkan khitbah yang kedua itu dan khitbahnya tidak dibatalkan.Hal ini,jika khitbah kedua tetap berlaku dan disusuli pernikahan,maka sepakat ulama mengatakan ,dia telah melakukan maksiat.Ini berdasarkan sabda Rasulullah saw :

نهى أَن يبيع الرجل على بيع أخيه، وأن يخطب على خطبة أخيه حتى يترك الخاطب قبله أو يأذن له الخاطب .

Maksudnya :”Nabi melarang seorang lelaki menjual barang yang sudah dijual kepada saudaranya.Juga melarang mengkhitbah (perempuan) yang telah dikhitbah oleh saudaranya,sehingga orang lelaki yang mengkhitbah sebelumnya membatalkan khitbahnya,atau mengizinkannya untuk mengkhitbah”.(HR Imam Bhukhari).


Antara hikmah larangan tersebut adalah :

1.Kerana hal tersebut menyakitkan hati orang yang pertama mengkhitbah.
2.menimbulkan permusuhan.
3.muncul rasa dengki-mendengki dalam hati.
Walau bagaimana pun,sekiranya khitbah pertama masih dalam musyawarah,mengikut pendapat yang paling rajih mengatakan tidak haram sekiranya khitbah kedua dijalankan.Manakala menurut madzhab hanafi hukum khitbah kedua itu adalah makruh,ini berdasarkan hadis tersebut di atas yang mana melarang mengkhitbah perempuan yang telah dikhitbah.Begitu juga dengan jumhur ulama memperbolehkan khitbah kedua.Namun, hal ini diperbolehkan sekiranya orang yang hendak mengkhitbah belum mengetahui bahawa perempuan telah dikhitbah oleh orang lain sebelumnya.


Kriteria-kriteria Perempuan Yang Hendak Dikhitbah

Beragama islam dan berakhlak adalah aspek penting dalam mencari pasangan hidup.Namun,antara keinginan lain yang sering mempengaruhi manusia,seperti harta,kecantikan,dan lain-lain lag yang bersifat kebendaan dan sementara.Ini berdasarkan sabda Rasulullah saw :

تنكح المرأة لأربع لمالها و لحسبها و لجمالها و لدينها ، فظفر بذات الدين تربت يداك .

Ertinya : “Nikahilah perempuan itu kerana empat perkara : kerana harta,keturunan,kecantikan dan agamanya.Maka pilihlah perempuan yang memiliki agama.Jika tidak demilian maka kamu akan tertimpa kerugian dan kefakiran.”
Hadis ini menerangkan bahawa keempat-empat aspek ini adalah yang utama menjadi penilaian lelaki,dan penialaian yang terakhir adalah agamanya,Rasulullah saw memerintahkan mereka supaya memilih calon isteri adalah kerana agama dan bukan yang tiga itu.


Kriteria-kriteria perempuan yang hendak dikhitbah menurut madzhab Syafi’iyah dan Hanbali dan lainnya,anjuran mereka adalah :

1 – Beragama,ini berdalilkan hadis Rasulullah saw :
تنكح المرأة لأربع لمالها و لحسبها و لجمالها و لدينها ، فظفر بذات الدين تربت يداك .
Ertinya : “Nikahilah perempuan itu kerana empat perkara : kerana harta,keturunan,kecantikan dan agamanya.Maka pilihlah perempuan yang memiliki agama.Jika tidak demilian maka kamu akan tertimpa kerugian dan kefakiran.”

2 – Perempuan yang masih anak dara,Sebagaimana Hadits Nabi saw :
فهلا بكرا تلاعبها وتلاعبك ؟.
Ertinya : “Hendaklah kamu nikahi anak dara yang dapat kamu  permainkan dan dia pun mempermainkanmu.”

3 – Perempuan yang subur yang berpotensi dapat melahirkan ramai anak.

4 – Perempuan yang berasal dari keluarga yang baik agar zuriat yang dilahirkan juga baik.

5 – Hendaklah perempuan itu cantik kerana ia dapat membuat jiwa tenang,dapat menundukkan pandangan dan nikmat cinta itu dapat dirasa dengan sempurna.

6 – Sebolehnya bakal isteri itu bukan kerabat terdekat agar silaturrahim antara keluarga itu menjadi meluas.

7 – Hendaklah tidak melebihi dari seorang perempuan kerana ia dapat menjaga kesucian diri yang demiian berkemungkinan boleh terjerumus kea rah perkara haram.Frman Allah S.W.T. :
  
129. dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung Dengan melampau (berat sebelah kepada isteri Yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri Yang lain seperti benda Yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (Keadaan Yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan Yang zalim), maka Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.





Perempuan Yang Dibolehkan Dikhitbah

Terdapat dua syarat yang membolehkan dikhitbah perempuan tersebut :

1 – Perempuan yang tidak diharamkan oleh syariat untuk dinikahi,yaitu bukan mahram sendiri yang haram berkahwin dengan mereka contoh saudara perempuan,ibu,saudara-saudara perempuan isteri,isteri orang lain dan lain-lain lagi yang dihalang oleh syariat untuk dinikahi.

2 – Hendaklah perempuan itu tidak dikhitbah oleh orang lain.Ini kerana tidak boleh hukumnya mengkhitbah perempuan yang telah dikhitbah.Sabda Rasulullah s.a.w. :


لا يخطب أحدكم على خطبة أخيه حتى يترك الخاطب قبله أو يأذن

Ertinya : “Janganlah salah seorang di antara kamu mengkhitbah perempuan yang telah dikhitbah oleh saudaranya,sampai dia meninggalkan atau dia telah member izin”.
Berdasarkan hadis diatas dan seumpama dengannya yang menunjukkan larangan,jadi hukumnya adalah haram sekiranya berbuat demikian.Ini kerana perbuatan tersebut boleh menyakitkan seseorang.Namun,jika khitbah itu tetap juga berlaku,menurut jumhur ulama,pernikahannya adalah sah,akan tetapi kedua-duanya berdosa atas perbuatan mereka.

Menurut pandangan Malik dan Dawud, mengatakan pernikahan tersebut tidak sah,kerana hal ini dilarang sama seperti nikah syighar yaitu kahwin secara pertukaran atau barter.Di sisi madzhab maliki mengatakan jika perkara itu sampai ke dewan hakim,lalu si lelaki tersebut mempunyai bukti akad nikah yang sah,maka dia wajib membatalkan  pernikahan tersebut dengan thalaq ba’in sebelum terjadi hubungan suami isteri
.
Ukuran Yang Dibolehkan Untuk Dilihat

Kebanyakan ahli fekah berpendapat bahawa seorang lelaki yang hendak mengkhitbah,dibolehkan melihat perempuan yang ingin dikhitbah terlebih dahulu akan tetapi yang dibenarkan hanyalah wajah dan telapak tangan sahaja.

Pendapat Iman Hanifah pula membolehkan untuk melihat kedua telapak kaki perempuan yang hendak dikhitbah.Menurut Ulama Hambali pula membolehkan melihat anggota badan yang tampak,anggota tersebut ada enam,yaitu wajah,leher,tangan,telapak kaki,kepala dan betis.

Waktu Dan Syarat Melihat

Menurut madzhab syafi’iyah,hendaklah si lelaki melihat perempuan tersebut sebelum dilaksanakan khitbah.Ia hendaklah dilakukan dalam keadaan perempuan sembunyi-sembunyi tanpa diketahui perempuan dan keluarganya yang bertujuan menjaga harga diri perempuan dan keluarganya.

Manakala menurut madzhab malikiah,boleh melihat wajah dan kedua telapak tangan calon isteri sebelum akad nikah.Tujuannya agar si lelaki mengetahui hakikat keadaan calon isterinya tersebut,baik ia dilakukan secara langsung oleh si lelaki ataupun hanya diwakilkan sahaja.Akan tetapi ia bukanlah bertujuan untuk bersenang-senang dengan melihat perempuan tersebut kerana hukumnya adalah sama dengan hokum melihat aurat.

Lelaki yang mengemukakan hasrat untuk bertunang.


Lelaki tersebut wajiblah seorang yang berakal dan juga beragama Islam. Hal ini kerana tidak sah akad nikah nanti oleh calon suami yang gila ataupun yang masih di bawah umur. Adalah juga haram bagi lelaki yang bukan Islam mengahwini perempuan yang beragama Islam dan begitu juga sebaliknya.


Lelaki tersebut mestilah lelaki yang telah berusia akhil baligh, yang bertanggungjawab, yang beriman serta bertaqwa kepada Allah SWT. Lelaki yang berilmu serta rajin berusaha insyaAllah dapat mendidik keluarganya suatu hari nanti dan seterusnya dapat membimbing mereka ke jalan yang diredhai Allah SWT.


Lelaki tersebut harus pasti orangnya[6]. Hal ini adalah kerana terdapat ramai orang yang mempunyai nama yang sama, bahkan juga ber-bin-kan nama ayah yang serupa juga. Jika lelaki tersebut mempunyai adik beradik lelaki yang ramai, maka sewaktu upacara pertunangan itu, haruslah menyatakan dan menjelaskan yang mana calon suami kepada perempuan yang bakal ditunangkan, sebaik-baiknya menyebut nama penuh lelaki tersebut.


Lelaki tersebut hendaklah seorang lelaki yang tidak mempunyai isteri seramai 4 orang. Jika lelaki tersebut ingin juga meminang seorang perempuan, walhal dia sudah beristeri empat, maka seharusnya dia menceraikan salah seorang isteri-isterinya. Di dalam agama Islam, seorang lelaki hanya boleh dibenarkan mempunyai seramai 4 orang isteri.


Lelaki tersebut harus mempunyai pengetahuan bahawa perempuan yang bakal bertunang dengannya adalah halal baginya iaitu tiada larangan bagi lelaki tersebut untuk menikahinya[7]. Penjelasan mengenai perempuan yang dilarang untuk dinikahi akan dijelaskan di dalam “Perempuan yang akan ditunangkan” di bawah.





 
 by : wan azlan dan aliyuddin fikri

No comments:

Post a Comment