Wednesday 2 May 2012

rukun nikah


1.1  RUKUN NIKAH DAN SYARAT-SYARATNYA
Rukun nikah adalah seperti berikut
(a)Bakal suami
(b)Bakal isteri
(c)Wali
(d)Dua orang saksi
(e)Ijab dan qabul

Setiap rukun nikah tersebut mempunyai syarat-syarat tertentu.Di bawah ini akan membincangkan syarat-syarat bagi setiap rukun tersebut.

1.1.1        BAKAL SUAMI / ISTERI
Lelaki dan perempuan yang ingin berkhawin mesti memenuhi syarat seperti yang dinyatakan di bawah:
(a)           Syarat bakal suami:.
(i)                 Islam
(ii)               Lelaki
(iii)             Tidak beristeri empat dalam satu masa
(iv)             Bukan dalam ihram atau umrah
(v)               Bukan mahram kepada perempuan yang ingin dikahwini

(b)Syarat bakal isteri:.
(i)           Islam atau ahli kitab
(ii)          Perempuan
(iii)         Bukan isteri orang
(iv)         Bukan dalam ihram haji atau umrah
(vi)                Bukan dalam tempoh iddah raj’ie
(vii)              Bukan mahram kepada lelaki yang ingin dikahwini



1.1.2        WALI
Wali nikah merupakan orang yang berkuasa megahwinkan seseorang perempuan.Terdapat beberapa syarat  menjadi seoarang wali dalam perkhawinan ,iaitu:.

(a)   Islam
(b)   Lelaki
(c)    Baligh
(d)   Berakal
(e)   Merdeka
(f)   Tidak dalam ihram haji
(g)   Tidak terhalang daripada membelanjakan hartanya



Wali nikah pula terbahagi kepada dua

(a)      Wali nasab, iaitu mereka yang berkuasa mengahwinkan seseorang perempuan mengikut keturunan.Terbahagi kepada dua,wali kujbi dan wali bukan mujbir.
(b)     Wali Hakim,iaitu mereka yang diberi kuasa oleh pemerintah untuk mengahwinkan yang tiada wali atau walinya hilang kelayakan

Jika sesorang ingin berkhawin,beliau mesti mengambil wali nasab mengikut susunan keutamaan.Jika wali tiada langsung atau tidak memenuhi syarat,barulah boleh berpindah kepada wali hakim.

Susunan wali mengikut nasab keutamaan adalah seperti berikut:.
(i)                 Bapa
(ii)               Datuk
(iii)             Saudara lelaki seibusebapa
(iv)             Saudara lelaki sebapa
(v)               Anak saudara lelaki daripada lelaki seibu sebapa sehingga keatas
(vi)             Anak saudara lelaki daripada lelaki sebapa sehingga keatas
(vii)           Bapa saudara seibu sebapa hingga keatas
(viii)         Bapa saudara sebapa hingga keatas
(ix)             Anak lelaki daripada bapa saudara seibu sebapa(sepupu)
(x)               Anak lelaki daripada bapa saudara sebapa (sepupu)

Bapa dan datuk adalah wali mujbir , sementara bakinya adalh wali bukan mujbir.Wali mujbir merupakan mereka yang boleh mengahwinkan anak gadis tanpa persetujuannya.Namun ,kuasa mereka bukan lah mutlak.Ini kerana terdapat syarat-syarat yang perlu dipatuhi jika ingin mengahwinkan anaknya.
Syarat-syaratnya ialah:.
(a)    Anak itu masih gadis,bukannya janda
(b)   Bakal suami sekufu dengan anaknya,iaitu setaraf dari segi keturunan,pendidikan,pekerjaan dan sebagainya
(c)    Bakal suami bukan daripada orang yang sukar untuk bergaul seperti lelaki buta atau uzur
(d)   Tiada permusuhan yang jelas antara wali mujbir dengan anak gadisnya
(e)    Tiada permusuhan antara anak gadis dengan bakal suaminya
Jika wali mujbir melanggar syarat tersebut,hukum perkahawinan adalah sah.Namun,perbuatan wali tersebut adalah haram dan berdosa(AL-syarbini1978).Wali nasab adalah berbeza dengan wali hakim.Jadual 1.2 berikut menjelaskan perbezaan tersebut:.
WALI NASAB
DARI SEGI
WALI  HAKIM
Orang yang berkuasa mengahwinkan seseorang perempuan mengikut keturunan
maksud
Orang yang diberi kuasa oleh pemerintah untuk mengahwinkan perempuan yang tiada wali
Bapa dan  datuk
contoh
Kadi dan imam
Wali mujbir boleh memaksa gadis untuk berkhawin
kuasa
Tidak boleh paksa sesiapa untuk berkahwin




Seperti yang disebutkan di atas ,kuasa mengahwinkan seorang perempuan hanya boleh berpindah kepada wali hakim atas beberapa sebab tertentu.Berikut adalah sebab-sebabnya:.
(a)    Tidak terdapat wali nasab mengikut susunan
(b)   Wali tidak dapat dikesan atau tidak diketahui hidup atau mati
(c)    Wali tinggal jauh lebih dua merhala dan tidak dapat di hubungi
(d)   Wali dalam tahanan
(e)    Wali dalam ihram atau umrah
(f)    Wali enggan mewalikan perempuan itu tanpa sebab uang munasabah mengikut hukun syarak

1.1.3        SAKSI
Perkahwinan memerlukan dua orang saksi yang melihat akad nikah itu berlangsung.Saksi diperlukan untuk menjamin sesuatu perkhawinan itu sah dan dapat megelak daripada berlakunta fitnah.Mereka boleh memberi keterangan sekiranya berlaku pertikaian berhubung dengan kesahan majlis akad nikah tersebut.

Seseorang yang ingin menjadi saksi mestilah memenuhi syarat tersebut,iaitu:
(a)    Islam
(b)   Lelaki
(c)    Baligh
(d)   Berakal
(e)    Adil,iaitu tidak melakukan dosa besar
(f)    Sempurna pancaindera,iaitu tidak buta,pekak,atau bisu
(g)   Memahami lafaz ijab dan qabul




1.1.4        IJAB DAN QABUL
Ijab dan qabul adalah akad nikah.Perkahwinan dianggap sah apabila diakadkan oleh wali atau wakilnya dan dipersutujui oleh bakal suami atau wakilya.

Ijab adalah lafaz yang diucapkan oleh wali.Contonhya,wali atau wakil wali berkata.
“Aku nikahkan engkau dengan fulan bin fulan dengan mas kawin rm100 tunai”.
Qabul pula adalah jawapan penerimaan yang diucapkan oleh bakal suami contohnya:.
“Aku terima nikahnya fulan binti fulan dengan mas kawin rm100 tunai”



Ijab biasanya mendahului qabul.Namun ,sah akad jika menyebut qabul dahulu.Ijab dan qabul mempunyai syarat-syarat,iaitu:.
(a)    Ijab dilafazkan oleh wali atau wakilnya,sementara qabul dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya
(b)   Lafaz ijab dan qabul mestilah disebut dengan jelas
(c)    Ijab dan qabul berlaku dalam satu majlis
(d)   Ijab dan qabul tidak diselangi diam yang lama atau perkataan yang tidak berkaitan
(e)    Ijab dan qabul tidak dibataskan dengan tempah masa
(f)    Bahasa yang digunakan jelas difahami oleh wali,suami,dan dua orang saksi.


RUJUKAN
1.‘Ali As’ad.(1988).Fath al-Mu’in.Klang:Klang Book Centre
2.Abu Bakar al-Jaza’ri .(1994).Minhaj Al-muslim.Madinah:Maktabah al-ulum al-hakim
3.Al-sayyid sabiq.(1983),Fiqh al-sunnah.Beirut:Darul al-fikr
4.Haron Din.(1988).Manusia dan Islam.Kuala lumpur:Percetakan Watan
5.Muhammad Uthman al-Khusht.(t.t). Fatawa al- Mar’ah al-Muslim. Kaherah:Maktabat al-quran
6.Mustafa al-Khin .Mustafa al-Bugha, ‘Ali al-Shurbaji. (1987). Al-Fikh al-Manhaji.Damsyik :Matba’ah-sobah
7.Taqiuddin al-Husaini .(1992). KIfayah ala-Akhyar fi Gahyah.Beirut:Dar al-Khair


by : emily christina dan nurul fadzillah

No comments:

Post a Comment