Tuesday 27 March 2012

jual beli


1.0) Definisi jual beli
Menurut bahasa البَيعُ  ertinya menukarkan atau menjual. Kemudian antara kata  البيعُ dan الشراءُ (membeli) kadang-kadang mengertikan yang lain.
Menurut istilah -  pertukaran harta dengan harta atas dasar saling meredhai atau pindahkan hak milik dengan bayaran-bayaran yang dibenarkan disisi syara’.

 2.0) Dalil

Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.
(Surah al-baqarah 2:275)

3.0 Hukum Jual Beli
Wajib – jual beli sesuatu barangan ketika sangat memerlukan, seperti barangan keperluan asasi, dalam keadaan terdesak atau kelaparan dan kebuluran
Sunat – jual beli antara penjual dengan pembeli terhadap sesuatu barangan yang diperlukan, contohnya penjual menjual barang keperluan harian kepada pembeli
Makruh – apabila seseorang menjual barangan setelah berkumandang azan yang pertama pada hari Jumaat
Haram – setelah berkumandang azan kedua pada hari Jumaat. Haram apabila berlaku jual beli terhadap benda-benda yang najis dan haram dari segi syara’ seperti arak dan bangkai.

4.0 Rukun jual beli
a)    Penjual dan pembeli
1.    Penjual dan pembeli adalah baligh, berakal, boleh urus harta dengan baik serta waras. Menurut pendapat Imam Syafi’I, tidak sah jual beli dengan kanak-kanak sebagaimana firman Allah s.w.t:
(
 ''Dan ujilah anak-anak yatim itu (sebelum baligh) sehingga mereka cukup umur (dewasa). kemudian jika kamu nampak dari keadaan mereka (tanda-tanda Yang menunjukkan Bahawa mereka) telah cerdik dan berkebolehan menjaga hartanya, maka serahkanlah kepada mereka hartanya; dan janganlah kamu makan harta anak-anak yatim itu secara Yang melampaui batas dan secara terburu-buru (merebut peluang) sebelum mereka dewasa.''
 (Surah an-nisa’ 4: 6)

2.    Penjual dan pembeli adalah bebas daripada sebarang ikatan dan bebas bertindak atau memilih. Sebagaimana firman Allah

 ''Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu Dengan jalan Yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali Dengan jalan perniagaan Yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu,''
(Surah an-nisa’ 4 :  29)

3.    Pembeli mestilah islam sekiranya barang yang dijual itu adalah ayat al-quran atau hadith
4.    Tidak boleh menjual senjata kepada musuh Islam
5.    Penjual dan pembeli mestilah individu yang berlainan.


b)   Sighah ( ijab qabul )
Jual beli dianggap sah dengan adanya ijab ( pernyataan menjual) dari penjual, sekalipun sambil bergurau
Ijab ialah ucapan menyatakan memilikkan secara jelas, misalnya:
-       “ aku menjual barang ini kepadamu dengan harga sekalian”
-       “ ini barang untukmu dengan harga sekalian.”
-       “ ini barang, ku jadikan buatmu dengan harga sekian”, dengan niat sebagai jual beli.
Qabul ialah ucapan menyatakan Tamalluk (menerima pemilikan) dari pembeli secara jelas misalnya:
-       “ barang ini aku beli dengan harga sekian”
-       “aku menerima, setuju mengambil atau menerima pemilikan barang ini dengan harga sekian.”

©      Ucapan ijab qabul yang demikian itu dengan maksud agar sighah menjadi sempurna, sesuai dengan sabda nabii SAW yang ertinya “ sesungguhnya sah jual beli dengan adanya saling rela merelakan.” Kerelaan itu tidak nampak maka ukurlah dengan bentuk ucapan.
©      Akad secara ‘mu’athah’, jika ada orang ketiga yang bertanya pada penjual: “ apakah engkau jual?” lau menjawab “ya” atau “ya benar”, lalu bertanya kepada pembeli: “ apakah engkau beli?” maka menjawab: “ya”, maka jual belinya sah
©      Ijab qabul sah jika antara keduanya tidak terpisahkan dengan diam dalam waktu lama, lain halnya jika hanya sejenak
©      Ijab qabul tidak sah, jika dengan ta’liq (tergantung), misalnya: “ jika ayahku meninggal, maka barang ini aku jual kepadamu.”
©      Tidak boleh dibatasi dengan waktu, misalnya: “ aku jual barang ini kepadamu, selama tiga bulan.”
©      Firman Allah swt:

'' dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah Engkau membelanjakan hartamu Dengan boros Yang melampau. Sesungguhnya orang-orang Yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk Yang sangat kufur kepada Tuhannya.
(Al-isra’: 26-27)

c)    Barang yang dijual

1.         Miliknya, barang bukan miliknya tidak sah diperjual belikan melainkan ada mandat atau dikuasakan. Seperti Komisioner menurut hukum dia berhak menjual barang atas persetujuan pemiliknya.
Sabda rasulullah saw:
             “ tidak sah jual beli melainkan pada barang yang dimiliki”
                                                                        ( riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)
2.    Dapat diserah terima baik secara langsung mahupun secara hukum. Seperti tanah, rumah, pohon, perkebunan dan lain-lain termasuk kategori barang yang diserah terimakan secara hukum. Sabda rasulullah “ nabi saw telah melarang memperjual belikan barang yang mengandung tipu daya” (HR.Muslim)
3.    Ada manfaatnya. Memperjual belikan binatang yang ada manfaatnya seperti: burung yang suaranya merdu, anjing untuk berburu dll adlh sah meskipun dagingnya tidak boleh dimakan.
4.    Barang suci. Barang najis tidak sah diperjual belikan. Sabda rasulullah:
“ sesungguhnya Allah dan RasulNya telah mengharamkan menjual khamar, bangkai, babi dan berhala. Lalu ditanyakan: Bagaimana lemak bangkai ya Rasulullah sebab lemak itu berguna bagi car perahu, minyak kulit dan minyak lampu? Jawab Rasulullah. Tidak boleh, semua itu haram. Celakalah orang-orang Yahudi sebab ketika Allah mengharamkan hal itu, mereka hancurkan lemak itu lalu mereka menjual minyaknya dan mereka makan wangnya. (HR. Bukhari)
5.     Barang bukan larangan Negara
6.     Berkualiti. Dapat dinilai, baik kuantiti mahupun kualitinya.barang yang masih besifat spekulasi tidak sah untuk diperjual belikan. Misalnya menjual buah-buahan yang baru berbunga, padi yang baru menghijau, anak binatang yang masih dalam perut induknya, dan lain2. Sabda Rasulullha. “ nabi saw melarang menjual buah-buahan seingga nyata jenis barangnya.”

5.0 Jenis Jual Beli Yang Sah Tetapi Haram
1)     Membeli barang atas belian orang lain atau membeli barangan orang lain yang masih dalam tempoh khiyar
2)    Menyekat penjual atau pedagang yang masuk dari kampung di pertengahan jalan sebelum mereka masuk ke kota dan mereka tidak tahu harga pasaran semasa dikota. Hal tersebut dilakukan dengan tujuan untuk mendapatkan harga yang semurah-murahnya dan dijual pula dikota dengan harga setinggi-tingginya.
3)    Membeli barangan dengan harga yang lebih mahal daripada biasa, sedangkan pada hakikatnya ia tidak perlu kepada barangan itu, tetapi  niat dan tujuannya itu ialah untuk menyekat atau menghalang orang lain daripada memiliki barangan tersebut.
4)    Membeli barangan keperluan masyarakat dengan banyak untuk tujuan sorok dan disimpan dengan tujuan untuk dijual dengan harga mahal dan mencari keuntungan yang besar, sedangkan masyarakat perlukan barangan tersebut.
5)    Menjual barang yang digunakan pembeli untuk tujuan maksiat
6)    Menjual secara tipu.
7)    Jual beli dengan mengatasi tawaran orang lain. Contohnya: ‘ penjual mengatakan kepada seorang pembeli, engkau jual atau pulangkan semula barang itu kepada penjualnya dan engkau dapat membeli barangku dengan harga yang lebih murah’

6.0) Jenis Jual Beli Haram Dan Tidak Sah
1)    Jual air benih binatang ternakan. Jualan bentuk itu tidak sah kerana ia tidak dapat diketahui kadar dan tidak dapat ditentukan penyerahannya. Sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Jabir:
عن جابر رضى الله عنه قال: نهى رسول الله (صلى الله عليه وسلم) عن بيع عسب الفحل.
Terjemahannya: Rasulullah saw telah menegah daripada menjual air benih binatang.
Walau bagaimanapun, dalam keadaan lain hukumnya adalah sunat bagi sesiapa yang mempunyai binatang jantan untuk dipinjamkan kepada orang lain supaya mengawan dengan tujuan untuk membiakkan ternakan.
2)    Jual anak binatang yang masih dalam kandungan ibunya. Sebagaimana hadith riwayat Ibn Umar:
عن ابن عمر رضى الله عنهما قال: أن النبى ( صلى الله عليه وسلم) نهى عن بيع جبل الحبلة
Terjemahannya: rasulullah saw telah melarang menjual anak yang asih dalam kandungan ibunya.
3)    Jual buah yang masih diatas pokok, kecuali setelah nyata kadar dan baiknya. Sebagaimana hadith nabi riwayat Bukhari:
قال رسول الله ( صلى الله عليه وسلم) لا تبيعوا الثمر حتى يبدو صلاحة
Terjemahannya: jangan kamu menjual buah-buahan sehingga jelas masaknya.
4)    Tidak boleh jual barangan majhul iaitu benda yang tidak boleh dilihat atau tidak boleh diterima. Contohnya seperti menjual burung diudara atau ikan di lautan.
5)    Tidak sah jual daging dengan binatang. Contohnya menjual hati lembu dengan kambing atau lainnya.
6)    Tidak menjual bersyarat. Contohnya: ‘aku jual rumahku ini dengan syarat engkau jual kereta engkau kepadaku’.
7)    Tidak sah dan haram jual sesuatu dengan syarat hutang
8)    Tidak sah dan haram menjual sesuatu barangan yang baru dibeli tetapi belum diterima kerana barangan itu belum lagi menjadi milik sempurna. Sebagaimana hadith nabi yang bermaksud: janganlah kamu jual sesuatu yang kamu beli sebelum kamu terimanya.
                
7.0) Jenis-Jenis Jual Beli
Antara jenis jual beli ialah  :
Ø  Jual  Salam ((بيع السلم
Ø Jual Istisna` (بيع الاستصناع)
Ø  Jual Faedah (بيع الفائدة )  
Ø  Jual Sarf (بيع الصرف )
Ø  Jual Jizaf (بيع  الجزاف )
a)   Jual Beli Salam ((بيع السلم
Definisi : Bahasa : Jual barangan yang belum ada dihadapan tetapi dinyatakan sifat,
                                kadar dan jenis .
               Istilah : Jual beli barangan yang belum wujud pada waktu akad dilakukan , 
                             tetapi sudah ditentukan jenis , kadar , sifatnya .




Rukun Jual Beli Salam
1.    Wujud pembeli atau orang yang membuat tempahan
2.    Wujud orang yang menunaikan tempahan (penjual)
3.    Barang tempahan
4.    Harga
5.    Lafaz akad / ijab dan qabul
Syarat  Jual Beli Salam
1.    Bayaran tunai dibuat ketika akad .
2.    Benda yang ditempah itu tidak dimasak dan tidak bercampur dengan bahan lain sehingga tidak dapat ditentukan jenis dan kadar .
3.    Ditentukan dengan jelas kadar , jenis ,sifat dan nilai atau harga barangan .

b)  Jual Beli  Istisna` (بيع الاستصناع)
Definisi : Jual beli yang dipersetujui di antara pembuat barangan yang ditempah
                dengan pembeli , dan barangan yang hendak dibuat atau ditempah itu
                disebut kadar dan jenis  dan bahan yang hendak digunakan itu bahan
                yang ada pada pembuat atau mampu diperolehinya .
ü  Pembeli akan menentukan kadar dan bentuk yang dikehendakinya dan pembuat akan membuat dengan persetujuan dan kerelaan kedua – dua pihak .
ü  Contoh : Seseorang menempah kepada pembuat agar membuatkannya alat perabot dan ia menyatakan bahan yang dikehendaki .
ü  Hukum : Sah dan harus sekiranya bertepatan dengan syarat jual beli salam .
Hikmah Jual Beli Istisna`
1.    Pembeli dapat menjelaskan bayaran secara beransur – ansur .
2.    Pembeli dapat memiliki barangan yang diperlukannya dengan lebih cepat walaupun belum mempunyai wang yang mencukupi .
3.    Mengeratkan rasa saling bantu – membantu sesame manusia .
4.    Memupuk rasa saling bertanggungjawab dan amanah dalam muamalat .
c)   Jual Beli Faedah (بيع الفائدة )  
Definisi : Jual beli dengan saling mengambil faedah atau manfaat. Dikenali juga sewa
                menyewa atau upah mengupah .
Hukum : Harus
Contoh : Mengupah wanita untuk menyusukan anak .
d)    Jual Beli  Sarf (بيع الصرف )
Definisi : Menjual mata wang ( emas dan perak ) dengan mata wang juga .
Hukum : Haram kecuali   penjualan tersebut sama dari nilai , jenis , sifat serta
               diadakan  secara tunai . ( harus )
e)   Jual Beli  Jizaf (بيع  الجزاف )
Definisi : Menjual sesuatu dengan tidak disukat dan tidak ditimbang ( anggaran atau
               Borong mengikut amalan konteks masyarakat )
Hukum  : Harus apabila jual beli itu berunsurkan makanan dan mestilah dibayar dengan  jenis lain seperti wang.  Haram apabila bayaransama jenis kerana salah satu dari amalan riba .
Syarat Sah  Jual Beli Jizaf
1.    Barangan tukaran atau yang mahu dijual wujud pada masa akad .
2.    Pembeli  dan penjual tidak tahu kadar barang yang dijual itu .
3.    Barang yang dijual itu mesti dalam jumlah yang banyak tetapi tidak terlalu banyak yang melebihi had .


8.0) Jenis Dan Bentuk Jual Beli Dalam Konteks Semasa :
      i.        Jual beli Fuduli
    ii.        Jual beli Mu`atah
   iii.        Jual Beli Ta`sir
   iv.        Jual Beli `Urbun

      i.        Jual beli Fuduli
Definisi : Menguruskan sesuatu yang bukan hak miliknya atau menjual sesuatu barangan yang bukan miliknya.
Contoh : Seorang suami menjual barang milik isterinya tanpa persetujuan isterinya .
Hukum : Sah ( Mazhab Maliki dan Hanafi)
              Batal ( Pendapat Imam Syafi`ie , Hanbali ) kerana pengurusan harta orang lain tanpa izinnya adalah ditegah .
    ii.        Jual beli Mu`atah
Definisi : Kedua belah pihak bersetuju di atas sesuatu penetapan harga tanpa ada lafaz  ijab dan qabul  ( layan diri ).
Contoh : Seseorang mengambil barangan dan membayar harga tanpa lafaz ijab qabul
Hukum : Sah dengan syarat tertentu  dengan wujud redha meredhai antara pembeli dan   penjual  ( Mazhab Maliki , Hanbali dan Hanafi)  Tidak sah kerana perlu ada lafaz ijab dan qabul  ( Pendapat Imam Syafi`ie )

Hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Ibn Majah:
انما البيع عن تراض
Terjemahan : Sesungguhnya jual beli itu tidak sah kecuali dengan adanya keredhaan .
   iii.        Jual beli Ta`sir
Definisi : Kawalan harga ( penurunan harga barangan oleh pemerintah terhadap barangan yang bukan milik pemerintah ). Meletakkan harga tertentu terhadap barang perniagaan yang hendak dijual supaya tidak menzalimi pemilik barang dan tidak menganiaya pembeli .
Hukum : Haram (Pendapat Imam Syafi`ie dan Hanbali )supaya tidak ada kezaliman kerana menzalimi itu suatu perbuatan haram .  Harus  ( Pendapat Imam Malik , Hanafi ) kerana menjaga kemaslahatan umum daripada wujudnya monopoli dalam harga dan kezaliman serta penindasan  terhadap pengguna ( golongan miskin ) .
   iv.        Jual beli `Urbun ( Cengkeram )
Definisi : Menjual sesuatu barang dengan syarat membayar sebahagian daripada harga tersebut . Jika pembeli tidak dapat menjelaskan semua baki bayaran , sebahagian bayaran yang telah dijelaskan terlebih dahulu itu akan menjadi hibah (pemberian percuma kepada penjual). Jika pembeli  dapat menjelaskan baki bayarannya , barulah dikira sempurna harga barang dan sempurna miliknya .
Hukum : Batal dan tidak sah ( suatu perkara yang mengandungi unsur penipuan dan kezaliman) Dimana sesorang hendak membeli barang dan ia membayar cengkeram , jika tidak jadi membeli barang tersebut , cengkeram itu hangus .
Haram dengan sebab :
      i.        Kerana di dalam urusannya ada syarat hibah kepada penjual.
    ii.        Pembayar  cengkeram terpaksa member wang yang diberikan terlebih dahulu itu sebagai cengkeram , yang dikira hangus akibat tidak mahu meneruskan jual beli atau tidak mampu membayarnya .Pemberian itu tidak ikhlas dan dalam keadaan terpaksa .
9.0) Hikmah
1)    Allah swt telah menjadikan fitrah manusia perlukan kepada orang lain bertukar barangan dan keperluan.
2)    Dapat menghindarkan daripada perbuatan keji, seperti merampas.
3)    Untuk kemudahan manusia supaya dapat memiliki keperluan mereka dengan cara yang halal.
4)    Manusia dapat hidup bersatu padu dan tolong menolong sesame mereka.
5)    Supaya manusia tidak bertindak diluar batasan syara’ dan tidak berlakunya kezaliman dan penganiayaan antara satu sama lain.
6)    Allah swt mengatur hidup manusia dengan cara yang baik dan mereka dapat mencari keredhaan Allah swt.

10.0 Kesan Jual Mua’tah Dan jual Ta’sir Dalam Masyarakat Islam
          Jual mua’tah dikenali tunjuk dan beli. Jual beli ini digunakan dalam masyarakat Islam Malaysia pada masa kini. Contoh jual beli ini ialah jual beli di pasaraya di mana pelanggan melayan diri untuk membeli.
Jual beli sebegini dapat memudahkan urus niaga walaupun tanpa lafaz akad. Ianya sudah menjadi adat kepada manusia yang mana tanpa lafaz ijab dan qabul, ianya sah kerana penjual dan pembeli saling berterimaan di majlis akad.
           Jual ta’sir dikenali sebagai kawalan harga iaitu penurunan atau kenaikan harga barangan oleh pemerintah tarhadap barang yang bukan milik pemerintah.
Harga barang keperluan di Malaysia juga di tentukan oleh kerajaan iaitu pemerintah. Memandangkan ada penjual menambil kesempatan dengan menaikkan harga barabg sesuka hati mereka untuk mendapatkan keuntunagn yang semaksima mungkin. Jadi, kawalan harga ini bertujuan untuk menjaga kemaslahatan pembeli agar tidak berlaku kezaliman.

 by : wan nurul Aqilah & nur rasyida fariha

4 comments: