1.0) Definisi
jual beli
Menurut bahasa البَيعُ ertinya menukarkan atau menjual. Kemudian
antara kata البيعُ dan الشراءُ
(membeli) kadang-kadang mengertikan yang lain.
Menurut istilah -
pertukaran harta dengan harta atas dasar
saling meredhai atau pindahkan hak milik dengan bayaran-bayaran yang dibenarkan
disisi syara’.
2.0) Dalil
Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan
riba.
(Surah al-baqarah
2:275)
3.0 Hukum Jual
Beli
Wajib – jual beli
sesuatu barangan ketika sangat memerlukan, seperti barangan keperluan asasi,
dalam keadaan terdesak atau kelaparan dan kebuluran
Sunat – jual beli
antara penjual dengan pembeli terhadap sesuatu barangan yang diperlukan,
contohnya penjual menjual barang keperluan harian kepada pembeli
Makruh – apabila
seseorang menjual barangan setelah berkumandang azan yang pertama pada hari
Jumaat
Haram – setelah
berkumandang azan kedua pada hari Jumaat. Haram apabila berlaku jual beli
terhadap benda-benda yang najis dan haram dari segi syara’ seperti arak dan
bangkai.
4.0 Rukun jual
beli
a) Penjual dan pembeli
1. Penjual dan
pembeli adalah baligh, berakal, boleh urus harta dengan baik serta waras.
Menurut pendapat Imam Syafi’I, tidak sah jual beli dengan kanak-kanak
sebagaimana firman Allah s.w.t:
(
''Dan ujilah anak-anak yatim itu (sebelum
baligh) sehingga mereka cukup umur (dewasa). kemudian jika kamu nampak dari
keadaan mereka (tanda-tanda Yang menunjukkan Bahawa mereka) telah cerdik dan
berkebolehan menjaga hartanya, maka serahkanlah kepada mereka hartanya; dan
janganlah kamu makan harta anak-anak yatim itu secara Yang melampaui
batas dan secara terburu-buru (merebut peluang) sebelum mereka dewasa.''
(Surah an-nisa’ 4: 6)
2. Penjual dan
pembeli adalah bebas daripada sebarang ikatan dan bebas bertindak
atau memilih. Sebagaimana firman Allah
''Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu
makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu Dengan jalan Yang salah (tipu,
judi dan sebagainya), kecuali Dengan jalan perniagaan Yang dilakukan secara
suka sama suka di antara kamu,''
(Surah an-nisa’ 4
: 29)
3. Pembeli mestilah islam
sekiranya barang yang dijual itu adalah ayat al-quran atau hadith
4. Tidak boleh menjual senjata kepada musuh Islam
5. Penjual dan pembeli mestilah individu yang berlainan.
b) Sighah ( ijab qabul )
Jual beli
dianggap sah dengan adanya ijab ( pernyataan menjual) dari penjual, sekalipun
sambil bergurau
Ijab ialah ucapan
menyatakan memilikkan secara jelas, misalnya:
-
“ aku menjual barang
ini kepadamu dengan harga sekalian”
-
“ ini barang untukmu
dengan harga sekalian.”
-
“ ini barang, ku
jadikan buatmu dengan harga sekian”, dengan niat sebagai jual beli.
Qabul ialah
ucapan menyatakan Tamalluk (menerima pemilikan) dari pembeli secara jelas
misalnya:
-
“ barang ini aku beli
dengan harga sekian”
-
“aku menerima, setuju
mengambil atau menerima pemilikan barang ini dengan harga sekian.”
©
Ucapan ijab qabul yang
demikian itu dengan maksud agar sighah menjadi sempurna, sesuai dengan
sabda nabii SAW yang ertinya “ sesungguhnya sah jual beli dengan adanya saling
rela merelakan.” Kerelaan itu tidak nampak maka ukurlah dengan bentuk ucapan.
©
Akad secara ‘mu’athah’, jika ada orang
ketiga yang bertanya pada penjual: “ apakah engkau jual?” lau menjawab “ya”
atau “ya benar”, lalu bertanya kepada pembeli: “ apakah engkau beli?” maka
menjawab: “ya”, maka jual belinya sah
©
Ijab qabul sah jika
antara keduanya tidak terpisahkan dengan diam dalam waktu lama, lain
halnya jika hanya sejenak
©
Ijab qabul tidak
sah, jika dengan ta’liq (tergantung), misalnya: “ jika ayahku meninggal,
maka barang ini aku jual kepadamu.”
©
Tidak boleh dibatasi
dengan waktu, misalnya: “ aku jual barang ini kepadamu, selama tiga
bulan.”
©
Firman Allah swt:
'' dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang
miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah Engkau
membelanjakan hartamu Dengan boros Yang melampau. Sesungguhnya orang-orang Yang
boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah
makhluk Yang sangat kufur kepada Tuhannya.
(Al-isra’: 26-27)
c) Barang yang dijual
1.
Miliknya, barang bukan
miliknya tidak sah diperjual belikan melainkan ada mandat atau dikuasakan.
Seperti Komisioner menurut hukum dia berhak menjual barang atas persetujuan
pemiliknya.
Sabda rasulullah saw:
“ tidak sah jual beli melainkan pada barang yang dimiliki”
( riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)
2. Dapat diserah terima baik secara langsung mahupun secara hukum.
Seperti tanah, rumah, pohon, perkebunan dan lain-lain termasuk kategori barang yang
diserah terimakan secara hukum. Sabda rasulullah “ nabi saw telah melarang
memperjual belikan barang yang mengandung tipu daya” (HR.Muslim)
3. Ada manfaatnya. Memperjual belikan binatang yang ada manfaatnya
seperti: burung yang suaranya merdu, anjing untuk berburu dll adlh sah meskipun
dagingnya tidak boleh dimakan.
4. Barang suci. Barang najis tidak sah diperjual belikan. Sabda
rasulullah:
“ sesungguhnya Allah dan RasulNya telah
mengharamkan menjual khamar, bangkai, babi dan berhala. Lalu ditanyakan:
Bagaimana lemak bangkai ya Rasulullah sebab lemak itu berguna bagi car perahu,
minyak kulit dan minyak lampu? Jawab Rasulullah. Tidak boleh, semua itu haram.
Celakalah orang-orang Yahudi sebab ketika Allah mengharamkan hal itu, mereka
hancurkan lemak itu lalu mereka menjual minyaknya dan mereka makan wangnya.
(HR. Bukhari)
5. Barang bukan larangan Negara
6. Berkualiti. Dapat dinilai, baik kuantiti mahupun kualitinya.barang
yang masih besifat spekulasi tidak sah untuk diperjual belikan. Misalnya
menjual buah-buahan yang baru berbunga, padi yang baru menghijau, anak binatang
yang masih dalam perut induknya, dan lain2. Sabda Rasulullha. “ nabi saw
melarang menjual buah-buahan seingga nyata jenis barangnya.”
5.0 Jenis Jual Beli
Yang Sah Tetapi Haram
1) Membeli barang atas belian orang
lain atau membeli
barangan orang lain yang masih dalam tempoh khiyar
2) Menyekat penjual atau pedagang yang masuk dari kampung di pertengahan
jalan sebelum mereka masuk ke kota dan mereka tidak tahu harga pasaran semasa
dikota. Hal tersebut dilakukan dengan tujuan untuk mendapatkan harga yang
semurah-murahnya dan dijual pula dikota dengan harga setinggi-tingginya.
3) Membeli barangan dengan harga yang lebih mahal daripada biasa, sedangkan pada
hakikatnya ia tidak perlu kepada barangan itu, tetapi niat dan tujuannya itu ialah untuk menyekat
atau menghalang orang lain daripada memiliki barangan tersebut.
4) Membeli barangan keperluan masyarakat dengan banyak untuk tujuan sorok
dan disimpan dengan tujuan untuk dijual dengan harga mahal dan
mencari keuntungan yang besar, sedangkan masyarakat perlukan barangan tersebut.
5) Menjual barang
yang digunakan pembeli untuk tujuan maksiat
6) Menjual secara tipu.
7) Jual beli dengan mengatasi
tawaran orang lain. Contohnya: ‘ penjual mengatakan kepada seorang pembeli,
engkau jual atau pulangkan semula barang itu kepada penjualnya dan engkau dapat
membeli barangku dengan harga yang lebih murah’
6.0) Jenis Jual Beli Haram Dan Tidak Sah
1) Jual air benih binatang ternakan. Jualan bentuk itu tidak sah kerana ia
tidak dapat diketahui kadar dan tidak dapat ditentukan penyerahannya.
Sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Jabir:
عن جابر رضى الله عنه قال: نهى رسول الله (صلى الله عليه
وسلم) عن بيع عسب الفحل.
Terjemahannya:
Rasulullah saw telah menegah daripada menjual air benih binatang.
Walau
bagaimanapun, dalam keadaan lain hukumnya adalah sunat bagi sesiapa yang
mempunyai binatang jantan untuk dipinjamkan kepada orang lain supaya mengawan
dengan tujuan untuk membiakkan ternakan.
2) Jual anak binatang yang masih dalam kandungan ibunya. Sebagaimana
hadith riwayat Ibn Umar:
عن ابن عمر رضى الله عنهما قال: أن النبى ( صلى الله
عليه وسلم) نهى عن بيع جبل الحبلة
Terjemahannya:
rasulullah saw telah melarang menjual anak yang asih dalam kandungan ibunya.
3) Jual buah yang masih diatas pokok, kecuali setelah nyata kadar dan baiknya.
Sebagaimana hadith nabi riwayat Bukhari:
قال رسول الله ( صلى الله عليه وسلم) لا تبيعوا الثمر
حتى يبدو صلاحة
Terjemahannya:
jangan kamu menjual buah-buahan sehingga jelas masaknya.
4) Tidak boleh jual barangan
majhul iaitu benda yang tidak boleh dilihat atau tidak boleh diterima.
Contohnya seperti menjual burung diudara atau ikan di lautan.
5) Tidak sah jual
daging dengan binatang. Contohnya menjual hati lembu dengan kambing atau
lainnya.
6) Tidak menjual
bersyarat. Contohnya: ‘aku jual rumahku ini dengan syarat engkau jual
kereta engkau kepadaku’.
7) Tidak sah dan
haram jual sesuatu dengan syarat hutang
8) Tidak sah dan
haram menjual sesuatu barangan yang baru dibeli tetapi belum diterima kerana
barangan itu belum lagi menjadi milik sempurna. Sebagaimana hadith nabi
yang bermaksud: janganlah kamu jual sesuatu yang kamu beli sebelum kamu
terimanya.
7.0) Jenis-Jenis
Jual Beli
Antara jenis jual beli ialah :
Ø Jual Salam ((بيع السلم
Ø Jual
Istisna` (بيع الاستصناع)
Ø Jual
Faedah (بيع
الفائدة )
Ø Jual Sarf
(بيع الصرف )
Ø Jual
Jizaf (بيع الجزاف )
a) Jual Beli
Salam ((بيع السلم
Definisi : Bahasa : Jual barangan yang belum ada dihadapan
tetapi dinyatakan sifat,
kadar dan jenis
.
Istilah : Jual beli barangan yang belum wujud
pada waktu akad dilakukan ,
tetapi sudah ditentukan
jenis , kadar , sifatnya .
Rukun Jual Beli Salam
1. Wujud
pembeli atau orang yang membuat tempahan
2. Wujud
orang yang menunaikan tempahan (penjual)
3. Barang
tempahan
4. Harga
5. Lafaz
akad / ijab dan qabul
Syarat Jual Beli Salam
1. Bayaran
tunai dibuat ketika akad .
2. Benda
yang ditempah itu tidak dimasak dan tidak bercampur dengan bahan lain sehingga
tidak dapat ditentukan jenis dan kadar .
3. Ditentukan
dengan jelas kadar , jenis ,sifat dan nilai atau harga barangan .
b) Jual
Beli Istisna` (بيع الاستصناع)
Definisi : Jual beli yang dipersetujui di antara
pembuat barangan yang ditempah
dengan pembeli , dan barangan yang hendak dibuat atau ditempah itu
disebut kadar dan jenis dan bahan
yang hendak digunakan itu bahan
yang ada pada pembuat atau mampu diperolehinya .
ü Pembeli
akan menentukan kadar dan bentuk yang dikehendakinya dan pembuat akan membuat
dengan persetujuan dan kerelaan kedua – dua pihak .
ü Contoh :
Seseorang menempah kepada pembuat agar membuatkannya alat perabot dan ia
menyatakan bahan yang dikehendaki .
ü Hukum :
Sah dan harus sekiranya bertepatan dengan syarat jual beli salam .
Hikmah Jual Beli Istisna`
1. Pembeli
dapat menjelaskan bayaran secara beransur – ansur .
2. Pembeli
dapat memiliki barangan yang diperlukannya dengan lebih cepat walaupun belum
mempunyai wang yang mencukupi .
3. Mengeratkan
rasa saling bantu – membantu sesame manusia .
4. Memupuk
rasa saling bertanggungjawab dan amanah dalam muamalat .
c) Jual Beli
Faedah (بيع
الفائدة )
Definisi : Jual beli dengan saling mengambil
faedah atau manfaat. Dikenali juga sewa
menyewa atau upah mengupah .
Hukum : Harus
Contoh : Mengupah wanita untuk menyusukan anak
.
d) Jual Beli Sarf
(بيع الصرف )
Definisi : Menjual mata wang ( emas dan perak )
dengan mata wang juga .
Hukum : Haram kecuali penjualan tersebut sama dari nilai , jenis ,
sifat serta
diadakan secara tunai . ( harus )
e) Jual
Beli Jizaf (بيع الجزاف )
Definisi : Menjual sesuatu dengan tidak disukat
dan tidak ditimbang ( anggaran atau
Borong mengikut amalan konteks masyarakat )
Hukum
: Harus
apabila jual beli itu berunsurkan makanan dan mestilah dibayar dengan jenis lain seperti wang. Haram apabila bayaransama jenis kerana
salah satu dari amalan riba .
Syarat Sah Jual Beli Jizaf
1. Barangan
tukaran atau yang mahu dijual wujud pada masa akad .
2. Pembeli dan penjual tidak tahu kadar barang yang
dijual itu .
3. Barang
yang dijual itu mesti dalam jumlah yang banyak tetapi tidak terlalu banyak yang
melebihi had .
8.0) Jenis Dan Bentuk Jual Beli Dalam
Konteks Semasa :
i.
Jual beli Fuduli
ii.
Jual beli Mu`atah
iii.
Jual Beli Ta`sir
iv.
Jual Beli `Urbun
i.
Jual beli Fuduli
Definisi : Menguruskan sesuatu yang bukan hak
miliknya atau menjual sesuatu barangan yang bukan miliknya.
Contoh : Seorang suami menjual barang milik
isterinya tanpa persetujuan isterinya .
Hukum : Sah ( Mazhab Maliki dan Hanafi)
Batal ( Pendapat Imam Syafi`ie , Hanbali ) kerana pengurusan harta orang
lain tanpa izinnya adalah ditegah .
ii.
Jual beli Mu`atah
Definisi : Kedua belah pihak bersetuju di atas
sesuatu penetapan harga tanpa ada lafaz
ijab dan qabul ( layan diri ).
Contoh : Seseorang mengambil barangan dan
membayar harga tanpa lafaz ijab qabul
Hukum : Sah dengan syarat tertentu dengan wujud redha meredhai antara pembeli
dan penjual ( Mazhab Maliki , Hanbali dan Hanafi) Tidak sah kerana perlu ada lafaz ijab dan
qabul ( Pendapat Imam Syafi`ie )
Hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh
Ibn Majah:
انما
البيع عن تراض
Terjemahan : Sesungguhnya jual beli itu tidak
sah kecuali dengan adanya keredhaan .
iii.
Jual beli Ta`sir
Definisi : Kawalan harga ( penurunan harga
barangan oleh pemerintah terhadap barangan yang bukan milik pemerintah ).
Meletakkan harga tertentu terhadap barang perniagaan yang hendak dijual supaya
tidak menzalimi pemilik barang dan tidak menganiaya pembeli .
Hukum : Haram (Pendapat Imam Syafi`ie
dan Hanbali )supaya tidak ada kezaliman kerana menzalimi itu suatu perbuatan
haram . Harus ( Pendapat Imam Malik , Hanafi ) kerana
menjaga kemaslahatan umum daripada wujudnya monopoli dalam harga dan kezaliman
serta penindasan terhadap pengguna (
golongan miskin ) .
iv.
Jual beli `Urbun ( Cengkeram )
Definisi : Menjual sesuatu barang dengan syarat
membayar sebahagian daripada harga tersebut . Jika pembeli tidak dapat
menjelaskan semua baki bayaran , sebahagian bayaran yang telah dijelaskan
terlebih dahulu itu akan menjadi hibah (pemberian percuma kepada penjual). Jika
pembeli dapat menjelaskan baki
bayarannya , barulah dikira sempurna harga barang dan sempurna miliknya .
Hukum : Batal dan tidak sah ( suatu perkara
yang mengandungi unsur penipuan dan kezaliman) Dimana sesorang hendak membeli
barang dan ia membayar cengkeram , jika tidak jadi membeli barang tersebut ,
cengkeram itu hangus .
Haram dengan sebab :
i.
Kerana di dalam urusannya ada syarat
hibah kepada penjual.
ii.
Pembayar
cengkeram terpaksa member wang yang diberikan terlebih dahulu itu
sebagai cengkeram , yang dikira hangus akibat tidak mahu meneruskan jual beli
atau tidak mampu membayarnya .Pemberian itu tidak ikhlas dan dalam keadaan
terpaksa .
9.0) Hikmah
1) Allah swt telah menjadikan
fitrah manusia perlukan kepada orang lain bertukar barangan dan keperluan.
2) Dapat
menghindarkan daripada perbuatan keji, seperti merampas.
3) Untuk kemudahan
manusia supaya dapat memiliki keperluan mereka dengan cara yang halal.
4) Manusia dapat
hidup bersatu padu dan tolong menolong sesame mereka.
5) Supaya manusia
tidak bertindak diluar batasan syara’ dan tidak berlakunya kezaliman dan
penganiayaan antara satu sama lain.
6) Allah swt
mengatur hidup manusia dengan cara yang baik dan mereka dapat mencari keredhaan
Allah swt.
10.0 Kesan Jual
Mua’tah Dan jual Ta’sir Dalam Masyarakat Islam
Jual mua’tah dikenali tunjuk dan
beli. Jual beli ini digunakan dalam masyarakat Islam Malaysia pada masa kini.
Contoh jual beli ini ialah jual beli di pasaraya di mana pelanggan melayan diri
untuk membeli.
Jual beli
sebegini dapat memudahkan urus niaga walaupun tanpa lafaz akad. Ianya sudah
menjadi adat kepada manusia yang mana tanpa lafaz ijab dan qabul, ianya sah
kerana penjual dan pembeli saling berterimaan di majlis akad.
Jual ta’sir dikenali sebagai kawalan
harga iaitu penurunan atau kenaikan harga barangan oleh pemerintah tarhadap
barang yang bukan milik pemerintah.
Harga barang
keperluan di Malaysia juga di tentukan oleh kerajaan iaitu pemerintah.
Memandangkan ada penjual menambil kesempatan dengan menaikkan harga barabg
sesuka hati mereka untuk mendapatkan keuntunagn yang semaksima mungkin. Jadi, kawalan
harga ini bertujuan untuk menjaga kemaslahatan pembeli agar tidak berlaku kezaliman.
thanks for the info...sy copy ye :-)
ReplyDeletegimana hendak menutup musiknya?
ReplyDeletenice info
ReplyDeleteme in 2021 pon sgt brguna nota ni utk buat rujukan .. thankyouu :)
ReplyDelete