Thursday 19 April 2012

talak

by: nasrul & hanif

Definisi:
Talak atau penceraian bermaksud merombak atau melepaskan ikatan akad perkahwinan dengan menggunakan perkataan talak (cerai) dan seumpamanya.
Talak boleh berlaku dengan cara segera iaitu melalui talak bain atau berlaku pada masa depan iaitu melalui talak raj’i sebaik sahaja tamat tempoh iddah.
Pensyariatan talak:
Berdasarkan quran, sunnah, dan ijmak. Firman allah dalam surah al-talak 65;1…..

1.  Hai nabi, apabila kamu menceraikan Isteri-isterimu Maka hendaklah kamu ceraikan mereka pada waktu mereka dapat (menghadapi) iddahnya (yang wajar)[1481] dan hitunglah waktu iddah itu serta bertakwalah kepada Allah Tuhanmu. janganlah kamu keluarkan mereka dari rumah mereka dan janganlah mereka (diizinkan) ke luar kecuali mereka mengerjakan perbuatan keji yang terang[1482]. Itulah hukum-hukum Allah, Maka Sesungguhnya dia Telah berbuat zalim terhadap dirinya sendiri. kamu tidak mengetahui barangkali Allah mengadakan sesudah itu sesuatu hal yang baru[1483].

[1481]  Maksudnya: isteri-isteri itu hendaklah ditalak diwaktu Suci sebelum dicampuri.
[1482]  yang dimaksud dengan perbuatan keji di sini ialah mengerjakan perbuatan-perbuatan pidana, berkelakuan tidak sopan terhadap mertua, ipar, besan dan sebagainya.
[1483]  Suatu hal yang baru maksudnya ialah keinginan dari suami untuk rujuk kembali apabila talaqnya baru dijatuhkan sekali atau dua kali.

Juga dalam surah al-baqarah 2;229……..

229.  Talak (yang dapat dirujuki) dua kali. setelah itu boleh rujuk lagi dengan cara yang ma'ruf atau menceraikan dengan cara yang baik. tidak halal bagi kamu mengambil kembali sesuatu dari yang Telah kamu berikan kepada mereka, kecuali kalau keduanya khawatir tidak akan dapat menjalankan hukum-hukum Allah. jika kamu khawatir bahwa keduanya (suami isteri) tidak dapat menjalankan hukum-hukum Allah, Maka tidak ada dosa atas keduanya tentang bayaran yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya[144]. Itulah hukum-hukum Allah, Maka janganlah kamu melanggarnya. barangsiapa yang melanggar hukum-hukum Allah mereka Itulah orang-orang yang zalim.

[144]  ayat inilah yang menjadi dasar hukum khulu' dan penerimaan 'iwadh. Kulu' yaitu permintaan cerai kepada suami dengan pembayaran yang disebut 'iwadh.
Hadith : Sabda rasulullah s.a.w
أبغض الحلال إلى الله تعالى الطلاق.
Ertinya: “perkara halal yang paling tidak disukai allah adalah talak”
(riwayat abu daud)

Ijmak ulama’ : semua ulama’ bersepakat mengatakan talak disyariatkan. Tidak ada seorang pun yang mengingkarinya.

Hukum talak:
Mengikut jumhur ulama (maliki, syafi’I dan hanbali), talak adalah diharuskan, tetapi lebih utama ditinggalkan. Ada 4 jenis hokum talak :
Haram: seseorang mentalak isterinya dan menyedari jika ia bercerai ,kemungkinan besar ia akan melakukan perbuatan zina kerana tak mampu menahan diri, dan dalam masa yang sama dia tidak mampu berkahwin lain. Haram juga talak bid’i, iaitu talak yang dijatuhkan ketika isteri dalam keadaan haid,nifas atau waktu suci yang sudah disetubuhi.
Makruh : suami ingin berkahwin lain, atau ingin mendapatkan keturunan, sedangkan isteri yang sedia ada tidak meninggalkan ibadat wajib, dan suami tersebut tidak pula khuatir akan berzina jika ia bercerai.  Makruh juga jika ia dilakukan tanpa keperluan ,kerana hadith riwayat ibn umar yang bermaksud  : perbuatan halal yang dimurkai allah adalah talak. (abu daud)

Wajib : wajib dilaksanakan kalau isteri melakukan perbuatan-perbuatan haram. Talak juga wajib dilakukan oleh hakim kalau terjadinya ila’ oleh suami, dan setelah empat bulan menunggu, suami tidak kembali.






Sunat :   apabila isteri seorang yang suka bercakap tidak sopan, dikhuatiri kerana percakapannya itu boleh membawa kepada tindakan-tindakan yang diharamkan allah.  Bagi isteri yang suka melalaikan kewajipan agama, seperti solat dan tidak mahu berubah walaupun sudah dinasihatkan berulang kali, maka menceraikan nya juga sunat.
Wanita yang suka bergaduh dan tidak mampu memelihara akhlaknya dengan baik juga sunat diceraikan kerana khuatir akan membawa kemudharatan terhadap rumah tangga dan menghancurkan masa depan anak-anak.

Rukun talak:
Mengikut ulama’ syafi’I dan hanbali, ada 5 ruku talak.
1.orang yang mentalak
2.shighah
3.orang yang diceraikan
4.kuasa mencerai
5.ada kesengajaan atau qasad untuk menceraikan

 Hikmah talak:
1.mengelakkan perkara yang boleh membawa kepada kerosakan iman dan agama.
2.berpisah dengan cara baik kerana berpisah juga merupakan sunnah allah.
3. .jalan terakhir supaya pasangan suami isteri tidak ambil mudah tentang  hukum allah dalam masalah penceraian
4. jalan terakhir yang diambil apabila kedua-dua pihak tidak dapat hidup bersama
Firman allah dalam surah an-nisa’ ayat 130:

130.  Jika keduanya bercerai, Maka Allah akan memberi kecukupan kepada masing-masingnya dari limpahan karunia-Nya. dan adalah Allah Maha luas (karunia-Nya) lagi Maha Bijaksana


Kuasa talak:
1.hak suami


 Syarat sah talak:
1.Yang mentalaq itu hendaklah suami yang sah bagi perempuan yang diceraikan.
Baligh,berakal dan perbuatan atas pilihan sendiri
2.Dengan qasad atau adanya keinginan
Jika talaq yang dilafazkan main-main tetapi memahami erti talaq itu maka tertalaqlah.
3.Isteri yang sah
4.Sighah
Talaq dikira jatuh dalam bahasa arab,bahasa lain,melalui tulisan dengan isyarat atau cara lain yang bererti talak. Talak akan jatuh dengan ucapan yang sorih (jelas). Talak yang diucapkan dengan kinayah atau kiasan tidak jatuh jika tiada niat untuk menceraikan kecuali ada niat untuk menceraikan maka jatuh talak tersebut.


KADAR BILANGAN TALAK
Kadar bilangan talak dapat ditentukan berdasar dalil-dalil yang terdapat dalam al quran

229.  Talak (yang dapat dirujuki) dua kali. Setelah itu boleh rujuk lagi dengan cara yang ma’ruf atau menceraikan dengan cara yang baik. Tidak halal bagi kamu mengambil kembali sesuatu dari yang Telah kamu berikan kepada mereka, kecuali kalau keduanya khawatir tidak akan dapat menjalankan  okum-hukum Allah. Jika kamu khawatir bahwa keduanya (suami isteri) tidak dapat menjalankan  okum-hukum Allah, Maka tidak ada dosa atas keduanya tentang bayaran yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya[144]. Itulah  okum-hukum Allah, Maka janganlah kamu melanggarnya. Barangsiapa yang melanggar  okum-hukum Allah mereka Itulah orang-orang yang zalim.

230.  Kemudian jika si suami mentalaknya (sesudah Talak yang kedua), Maka perempuan itu tidak lagi halal baginya hingga dia kawin dengan suami yang lain. Kemudian jika suami yang lain itu menceraikannya, Maka tidak ada dosa bagi keduanya (bekas suami pertama dan isteri) untuk kawin kembali jika keduanya berpendapat akan dapat menjalankan  okum-hukum Allah. Itulah  okum-hukum Allah, diterangkan-Nya kepada kaum yang (mau) Mengetahui.

Jenis-jenis talak
Terbahagi kepada 3 jenis:
1.dilihat dari kejelasan lafaz
i.sarih :  lafaz yang digunakan jelas menunjukan kepada makna talak dan lafaz itu tidak boleh ditafsir dengan makna lain. Lafaznya ada 3 الطلاق, السراح, الفراق.
Firman allah : surah at-talaq :1
 •       ..............
1. Hai nabi, apabila kamu menceraikan Isteri-isterimu Maka hendaklah kamu ceraikan mereka pada waktu mereka dapat (menghadapi) iddahnya (yang wajar
Surah al ahzab : 28
   
28.  ........... Aku ceraikan kamu dengan cara yang baik.
surah at-talaq : 2
        ...
2.  Apabila mereka Telah mendekati akhir iddahnya, Maka rujukilah mereka dengan baik atau lepaskanlah mereka dengan baik ...






ii. kinayah :  lafaz yang boleh ditafsirkan sebagai talak atau selain talak

2.keadaan isteri yang diceraikan ,haid, suci, dewasa dan kanak-kanak, maka talak dibahagi kepada
talak sunni  :  suami menjatuhkan talak sewaktu isteri suci dari haid dan nifas dan tidak disetubuhi ketika suci. Talak ini adalah harus. Talak ini juga jatuh (sah)
firman allah dalam surah at-talaq :1
………  •     
1.  Hai nabi, apabila kamu menceraikan Isteri-isterimu Maka hendaklah kamu ceraikan mereka pada waktu mereka dapat (menghadapi) iddahnya (yang wajar)[1481]
[1481]  Maksudnya: isteri-isteri itu hendaklah ditalak diwaktu Suci sebelum dicampuri.

talak bid’ie:   suami menjatuhkan talak sewaktu isteri dalam keadaan haid atau nifas atau dalam keadaan suci yang sudah disetubuhi.  Talak ini adalah haram. Tetapi talak ini tetap jatuh sah dan pelakunya (suami) berdosa.
Sebab talak ini diharamkan: Sabda rasulullah:
لا ضَرَرَ ولا ضِرَرَ    
ertinya:  tidak boleh melakukan ضَرر (menyakiti orang yang tidak menyakitinya) dan ضِرر (menyakiti dengan cara yang tidak sebenar orang yang menyakitinya)
(riwayat malik)

talak bukan sunni dan bukan bid’i :  suami menjatuhkan talak terhadap isteri yang masih kanak-kanak yang belum haid, Isteri yang sudah putus haid ,dalam keadaan hamil atau dalam keadaan tuntutan khuluk. Talak ini tidak diharamkan kerana tidak member mudharat kepada isteri yang diceraikan.

jenis-jenis talak bain
1.bain sughra
Suami yang mentalak isterinya tidak boleh merujuk kembali kecuali dengan aqad yang baru dan mahar yang baru
Kesan: 1.haramnya bersetubuh sekiranya terjadi talak tersebut, tidak ada hak untuk kembali kepada bekas isteri kecuali dengan aqad baru
2.berkurangnya bilangan talak yang dimiliki suami seperti talak raj’i
3.hilang hak dari mewarisi pusaka kedua-dua belah pihak. Sekiranya isteri mati, suami tidak berhak mewarisi pusaka isteri begitu juga sebaliknya.



2.bain kubra
Suami yang telah mentalak isterinya tidak dapat lagi kembali semula kepadanya kecuali wanita (isteri) tersebut  berkahwin dengan lelaki lain dengan perkahwinan yang sah dan telah bersetubuh dengan suaminya yang sebenar, kemudian ia bercerai atau berpisah dengan suaminya itu, dan berakhir iddahnya.

Sabitan talak
Seandainya terjadinya keraguan , para fuqaha sepakat mengatakan bahawa talak tidak jatuh kerana adanya syak, kerana pernikahan itu terjadi dengan yakin.j
Jika terjadi keraguan tentang bilangan talak yang pernah dijatuhkan oleh suami, maka yang diambil kira adalah yang paling sedikit dari jumlah tersebut, ini adalah pendapat jumhur ulama’ kecuali ulama’ maliki.

No comments:

Post a Comment