Wednesday, 2 May 2012

Qisas



QISAS

PENGERTIAN QISAS
Qisas mengikut pengertian bahasa ialah persamaan atau mengikut. Oleh itu, qisas menurut pengertian bahasa tersebut ialah seseorang yang melakukan jenayah tertentu akan diikuti dengan hukuman qisas sama seperti yang telah dilakukan terhadap mangsanya. Mengikut kitab Fiqh Perundangan Islam, qisas dari segi bahasa bermaksud perturutan kes. Mengikut syarak ianya adalah membalas penjenayah sama seperti perbuatannya.

SYARAT WAJIB QISAS
Untuk menjatuhkan hukuman qisas terhadap pembunuhan sengaja mestilah memenuhi syarat-syarat tertentu. Sekiranya syarat tersebut tidak dipenuhi, penjenayah hanya dikenakan hukuman diyat atau ganti rugi sahaja kepada mangsa. Oleh itu,syarat wajib qisas terbahagi kepada dua bahagian iaitu :

·         Syarat terhadap pembunuhan.
·         Syarat terhadap mangsa.


SYARAT TERHADAP PEMBUNUHAN
Syarat terhadap pembunuhan pula dapat dibahagikan kepada beberapa syarat. Diantaranyaialah :

·         Membunuh dengan niat sengaja.
·         Pembunuhan orang yang waras.
·         Pembunuhan orang yang baligh.
·         Membunuh dengan kerelaan sendiri.
·         Pembunuhan dilakukan secara langsung.
·         Penjenayah atau pembunuh bukan bapa kepada mangsa.
·         Penjenayah atau pembunuh adalah lebih rendah martabatnya daripada mangsa.


SYARAT TERHADAP MANGSA
Terhadap mangsa juga mempunyai beberapa syarat tertentu. Diantaranya ialah :

·         Mangsa bukan dari kalangan orang yang ada hak terhadap pembunuh.
·         Mangsa bukan milik pembunuh.
·         Mangsa adalah terpelihara darahnya.


HALANGAN PELAKSANAAN
QISAS
Halangan terhadap pelaksanaan qisas terbahagi kepada dua bahagian iaitu :

·         Halangan bentuk umum.
·         Halangan bentuk khusus.


HALANGAN BENTUK UMUM
Antara halangan umum daripada pelaksanaan hukuman qisas yang dilakukan dengan sengaja oleh penjenayah ialah seperti berikut :

·         Belum cukup umur.
·         Tidak waras.
·         Penjenayah atau pembunuh adalah bapa atau datuk, nenek atau emak terhadap yang dibunuh.
·         Penjenayah atau pembunuh lebih tinggi martabatnya berbanding mangsa.


HALANGAN BENTUK KHUSUS
Antara halangan bentuk khusus terhadap penjenayah yang melakukan pembunuhan secara sengaja adalah seperti berikut :

·         Tidak ada persamaan anggota.
·         Tidak mungkin dapat diselesaikan dengan cara selamat.


BAHAGIAN-BAHAGIAN QISAS
Bahagian Qisas dapat dibahagikan kepada dua iaitu :
·         Qisas fi nafs (qisas pembunuhan).
·         Qisas ghairu nafs (qisas selain pembunuhan).


QISAS PEMBUNUHAN
Qisas pembunuhan yang dimaksudkan disini ialah menghilangkan nyawa seseorang dengan syarat pelaksanaan hukuman qisas tersebut ialah si pembunuh memenuhi syarat untuk dilaksanakan hukuman qisas.

QISAS SELAIN PEMBUNUHAN
Qisas selain pembunuhan dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu :

·         Qisas pada anggota tubuh seperti mata, hidung, telinga, tangan, dan kaki.
·         Qisas pada luka dengan pelbagainya.


JENIS JENAYAH QISAS
Antara jenis jenayah qisas ialah :
·         Membunuh.
·         Mencederakan dan memotong anggota manusia dengan sengaja


MEMBUNUH
Membunuh secara umumnya dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu :
·         Membunuh dengan sengaja.
·         Membunuh dengan separuh sengaja.
·         Membunuh dengan tidak sengaja.


MEMBUNUH DENGAN SENGAJA
Membunuh dengan sengaja mengikut pengertian umum membawa maksud segala perbuatan jahat dengan niat yang mana ekoran tindakannya itu menyebabkan kematian, sama ada ia bertujuan untuk membunuh atau tidak asalkan dengan syarat pembunuhannya itu boleh menyebabkan kematian. Ianya diertikan juga sebagai perbuatan menghilangkan nyawa manusia dengan sengaja atau kematian seseorang disebabkan pembunuhan yang dilakukan tanpa hak. Iaitu pembunuhan dengan niat dan benar-benar bertujuan membunuh serta alat yang digunakan itu benar-benar boleh membunuh.


HUKUM MEMBUNUH DENGAN SENGAJA
Membunuh dengen sengaja adalah satu dosa besar dan jenayah.
Lebih-lebih lagi terhadap orang Islam. Sebagaiman firman Allah SWT dalam surah al-Nisa ayat 93 yang berbunyi :


93. dan sesiapa Yang membunuh seorang mukmin Dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, dan Allah murka kepadaNya, dan melakanatkannya serta menyediakan baginya azab seksa Yang besar


Lantaran jenayah membunuh adalah dosa besar, syariat Islam telah menetapkan sesiapa yang membunuh dengan sengaja mestilah didakwa dan setelah sabit jenayah itu, ia dikenakan hukuman qisas dengan bunuh balas.

Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Isra ayat 33 yang berbunyi :

33. dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia Yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali Dengan alasan Yang benar. dan sesiapa Yang dibunuh secara zalim,maka Sesungguhnya Kami telah menjadikan warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah ia melampau Dalam menuntut balas bunuh itu, kerana Sesungguhnya iaadalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak).
Bagi pembunuhan sengaja iaitu dengan niat dan tujuan yang benar-benar membunuh sertadengan menggunakan alat biasanya boleh membunuh dan mematikan manusia, hukumannya mestilah dengan bunuh balas balik kecuali jika mendapat kemaafan daripada ahli waris mangsa.



MEMBUNUH SEPARUH SENGAJA
Membunuh dengan separuh sengaja atau syubhul µamdi iaitu perbuatan yang dilakukan oleh seseorang dengan sengaja namun sebenar niat hati kecilnya bukanlah dengan tujuan membunuh. Contohnya seseorang memukul orang lain dengan alat yang kebiasaannya tidak dapat membunuh tetapi sebaliknya dengan sebab pukulannya itu telah menyebabkan kematian.Setiap kesalahan yang dilakukan dengan menggagap kelakuan tersebut tidak membawa kepada mencederakan tetapi yang berlaku adalah sebaliknya dinamakan pembunuhan separuh sengaja.


HUKUMAN MEMBUNUH SEPARUH SENGAJA
Sesiapa yang membunuh separuh sengaja yang sabit kesalahannya tidak wajib qisas namun diwajibkan terhadap keluarga si pembunuh membayar diyat yang berat dan secara beransur-ansur kepada waris yang terbunuh selama tiga tahun. Bayaran diyatnya adalah 100 ekor unta dan dibayar mengikut ketetapan seperti berikut :

·         30 ekor unta betina selama 3 tahun.
·         30 unta betina selama 4 tahun.
·         40 unta bunting.


MEMBUNUH DENGAN TIDAK SENGAJA
Ulama dan fuqaha membahagikan pembunuhan tidak sengaja kepada beberapa bahagian tertentu yang lebih terperinci iaitu :

·         Perbuatan sengaja namun bukan tujuan kepada mangsa.
·         Perbuatan sengaja terhadap mangsa namun tersalah anggapan.
·         Sebagai membunuh dengan tidak sengaja atau akibat kecuaian menyebabkan mangsa terbunuh.
·         Tindakan menyebabkan mangsa terbunuh.



HUKUMAN MEMBUNUH TIDAK SENGAJA
Jumhur ulama berpendapat semua bentuk pembunuhan tidak sengaja tersebut tidak wajib qisas tetapi dikenakan diyat. Iaitu diyat yang dikenakan adalah lebih ringan daripada pembunuhan separuh sengaja. Diyat mesti dibayar oleh ahli waris pembunuh dengan cara beransur-ansur selama tiga tahun. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah an-Nisa ayat 92 yang berbunyi :




92. dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh seorang mukmin Yang lain, kecuali Dengan tidak sengaja. dan sesiapa Yang membunuh seorang mukmin Dengantidak sengaja, maka (wajiblah ia membayar kaffarah) Dengan memerdekakan seorang hamba Yang beriman serta membayar "diah" (denda ganti nyawa) Yang diserahkan kepadaahlinya (keluarga si mati), kecuali jika mereka sedekahkan (memaafkannya). tetapi jika ia(yang terbunuh Dengan tidak sengaja) dari kaum (kafir) Yang memusuhi kamu, sedang ia sendiri beriman, maka (wajiblah si pembunuh membayar kaffarah sahaja dengan)memerdekakan seorang hamba Yang beriman. dan jika ia (orang Yang terbunuh Dengantidak sengaja itu) dari kaum (kafir) Yang ada ikatan perjanjian setia di antara kamu Denganmereka, maka wajiblah membayar "diah" (denda ganti nyawa) kepada keluarganya sertamemerdekakan seorang hamba Yang beriman. Dalam pada itu, sesiapa Yang tidak dapat (mencari hamba Yang akan dimerdekakannya), maka hendaklah ia berpuasa dua bulanberturut-turut; (Hukum Yang tersebut) datangnya dari Allah untuk menerima taubat (membersihkan diri kamu). dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.


MENCEDERAKAN ATAU MEMOTONG TANGAN
Jenayah mencederakan orang lain ialah setiap perbuatan jahat dengan niat yang dilakukandengan cara memukul atau memotong yang tidak menyebabkan kematian namun ia berdasarkan natijah atau hasil perbuatan itu. Sebagaimana qisas terhadap pembunuhan yang dilakukan dengan sengaja dalam kes jenayah mencederakan dan memotong dengan dikenakan qisas juga.

Iaitu dengan dihukum qisas jenis yang sama contohnya tangan kiri dengan tangan kiri dan kaki kiri dengan kaki kiri juga. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat45 yang berbunyi :


45. dan Kami telah tetapkan atas mereka di Dalam Kitab Taurat itu, Bahawa jiwa dibalas Dengan jiwa, dan mata dibalas Dengan mata, dan hidung dibalas Dengan hidung, dantelinga dibalas Dengan telinga, dan gigi dibalas Dengan gigi, dan luka-luka hendaklahdibalas (seimbang). tetapi sesiapa Yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa Yang tidak menghukum Dengan apa Yang telahditurunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang Yang zalim.

JENIS JENAYAH MENCEDERAKAN DAN MEMOTONG
Fuqaha telah membahagikan jenis jenayah mencederakan orang lain kepada 5 bentuk yanglebih khusus iaitu :

·         Memotong mana-mana anggota.
·         Menghilangkan mana-mana anggota.
·         Melukakan bahagian muka dan kepala
·         Melukakan bahagian tubuh badan selain kepala dan muka.
·         Melakukan kecederaan yang tidak disebut di atas.

SYARAT QISAS MENCEDERA DAN MEMOTONG
Kesalahan jenayah bentuk ini juga mestilah dengan mempunyai syarat tertentu iaitu :

·         Anggota yang dipotong tidak kurang dengan anggota yang hendak diqisas.
·         Kecederaan dan luka yang dilakukan oleh penjenayah terhadap mangsa dapat dinilai dengan senang.

SYARAT-SYARAT QISAS 
·         Mukallaf iaitu baligh dan berakal.
·         Pembunuhan dilakukan dengan sengaja.
·         Pembunuhan yang dilakukan secara sengaja tidak ada kesamaran.
·         Pembunuh ada kebebasan bertindak.




PENGGUGURAN QISAS
·         Kematian penjenayah. 
·         Pengampuanan. 
·         Perdamaian.
·         Perwarisan qisas.



PELAKSANAAN HUKUMAN QISAS

·         Wali dari orang yang terbunuh baligh dan berakal.
·         Wali korban sepakat untuk melakukan qisas.
·         Qisas hanya berlaku pada si pelaku.


DIYAT

PENGERTIAN DIYAT
Diyat mengikut pengertian istilah umum ialah suatu hukuman sebagai alternatif daripadahukuman qisas iaitu dalam kes-kes seandainya terdapat sesuatu halangan untuk dilaksanakan qisas atau juga kerana ada sebab tertentu yang menggugurkan qisas terhadap penjenayah dan pembunuh. Diyat mengikut pengertian lain juga ialah sejumlah bayaran kepada mangsa atau waris. Dalam sesetengah keadaan juga diyat dilakukan apabila penjenayah atau pembunuh diberi kemaafan oleh pihak ahli waris mangsa atau dalam kes pembunuh meninggal dunia sebelum dilaksanakan hukuman qisas terhadap dirinya. Manakala pembunuhan keatas kafir Zimmi adalah diwajibkan membayar diyat melalui firman Allah SWT dalam surah an-Nisaayat 92 yang berbunyi :




92. dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh seorang mukmin Yang lain, kecuali Dengan tidak sengaja. dan sesiapa Yang membunuh seorang mukmin Dengan tidak sengaja, maka (wajiblah ia membayar kaffarah) Dengan memerdekakan seorang hamba Yang beriman serta membayar "diah" (denda ganti nyawa) Yang diserahkan kepadaahlinya (keluarga si mati), kecuali jika mereka sedekahkan (memaafkannya). tetapi jika ia(yang terbunuh Dengan tidak sengaja) dari kaum (kafir) Yang memusuhi kamu, sedang ia sendiri beriman, maka (wajiblah si pembunuh membayar kaffarah sahaja dengan)memerdekakan seorang hamba Yang beriman. dan jika ia (orang Yang terbunuh Dengan tidak sengaja itu) dari kaum (kafir) Yang adaikatan perjanjian setia di antara kamu Dengan mereka, maka wajiblah membayar "diah" (denda ganti nyawa) kepada keluarganya serta memerdekakan seorang hamba Yang beriman. Dalam pada itu, sesiapa Yang tidak dapat (mencari hamba Yang akandimerdekakannya), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut; (Hukum Yang tersebut) datangnya dari Allah untuk menerima taubat (membersihkan diri kamu). dan(ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

PEMBAYARAN DIYAT PEMBUNUHAN DENGAN SENGAJA

Pembayaran diyat merupakan suatu pembalasan yang dilaksanakan terhadap pembunuh yang tidak boleh dilakukan qisas terhadapnya. Dalam kes ini para ulamak berbeza pendapat.Diantaranya ialah :

·         Menurut pendapat Imam Syafii dan jumhur ulamak, diyat itu diwajibkan terhadap pembunuh ketika gugur hukum qisas terhadapnya sama ada dengan kerelaannya ataupun tanpa kerelaannya.
·         Menurut Imam Hanafi pula, diyat tidak wajibkan keatas pembunuh kecuali dengan kerelaan dan kemahuannya.



DIYAT PEMBUNUHAN SENGAJA
Waris kepada pembunuh atau pembunuh tersebut mestilah membayar diyat yang berat iaitu sejumlah 100 ekor unta iaitu :

·         30 ekor unta betina berusia 3 tahun.
·         30 ekor unta betina berusia 4 tahun.
·         40 ekor unta yang sedang bunting.


DIYAT PEMBUNUHAN SEPARUH SENGAJA DAN TIDAK SENGAJA
1.Menurut pendapat ³Qaul Jadid Imam Syafii´, pembayaran diyat untuk pembunuhan separuh sengaja yang telah dilakukan adalah dengan unta sahaja. Iaitu membayar sebanyak 100 ekor unta yang berat. Diyat wajib dibayar kepada ahli waris mangsa selama tiga tahun. Tiap-tiap akhir tahun dibayar 1/3 daripadanya sehingga selesai selama tiga tahun. Diyat yang berat tersebut ialah :

·         30 ekor unta berusia tiga tahun yang masuk tahun keempat.
·         30 ekor unta berusia empat tahun yang msuk tahun kelima.
·         40 ekor unta yang sedang bunting.2.

Manakala kesalahan bagi pembunuhan yang tidak sengaja adalah membayar diyat dengan 100 ekor unta yang lebih ringan. Iaitu :

·         20 ekor unta betina berusia satu tahun yang masuk tahun kedua.
·         20 ekor unta betina berusia dua tahun yang masuk tahun ke tiga.
·         20 ekor unta betina berusia tiga tahun yang masuk tahun ke empat.
·         20 ekor unta betina berusia empat tahun yang masuk tahun ke lima.
·         20 ekor unta jantan berusia dua tahun yang masuk tahun ketiga.3.

Mengikut Imam Malik dan Imam Abu Hanifah, pembayaran diyat boleh dilakukandengan emas, perak atau unta. Selain itu jika tidak ada unta ditempat tersebut makadibolehkan membayar diyat dengan sejumlah wang yang nilainya sama dengan harga pasaran unta.



KADAR DIYAT

1.      Kadar diyat adalah dikira mengikut bilangan unta iaitu harta yang paling bernilai ketika dulu.
Kadar penuh diyat ialah 100 ekor unta. Walau bagaimanapun, para ulamak berpendapat boleh mengantikan 100 ekor unta dengan harta yang senilai dengannya pada masa kini. Di antaranya ialah :

·         Wang emas
·         1000 dinar.
·         Wang perak = 10,000 -12,000 dirham
·         Lembu = 200 ekor.
·         Kambing = 2000 ekor.
·         Persalinan = 200 persalinan lengkap.


2.Diyat perempuan 1/2 daripada diyat lelaki. Sebagaimana Hadis Nabi MuhammadSAW yang mafhumnya : ³Diyat perempuan adalah separuh diyat lelaki´

3.Diyat hamba adalah 1/2 diyat orang yang merdeka.




DIYAT BAGI MENCEDERAKAN ANGGOTA BADAN

·         100 ekor unta untuk anggota tunggal seperti, terputusnya lidah, hilang akal,menyebabkan lumpuh seluruh anggota badan dan hilang keupayaan bersetubuh.
·         50 ekor unta untuk anggota yang berpasangan, jika kedua-duanya terlibat maka diyatnya 100 ekor unta. Ia melibatkan salah satu daripada kaki atau tangan, mata dantelinga.
·         30 ekor unta untuk luka al-Ja'ifah (luka hingga ke dalam bahagian otak).
·         30 ekor unta untuk luka Al-Ma'muumah ( luka yang sampai ke selaput kepala).
·         25 ekor unta untuk anggota yang 4 bahagian (pasang) seperti kelopak mata. Setiap satu kelopak mewakili 25 unta.
·         10 ekor unta untuk luka Al-Hasyimah (luka yang memecah @ mematahkan tulang).
·         15 ekor unta untuk luka Al-Munqilah (luka yang sampai ke tulang dan mematahkannya sehingga tergeser dari tempatnya).
·         10 ekor unta untuk anggota yang ada 10 bahagian seperti jari tangan dan jari kiri. Setiap satu jari jika patah mewakili 10 ekor unta.
·         5 ekor unta untuk luka Mudhihah @ Muwadhdhohah (luka yang menampakkan tulang)

by : saiful fadhli dan abdullah basyir

Thursday, 19 April 2012

iddah


PENGERTIAN IDDAH
Bagi istri yang putus hubungan perkawinan dengan suaminya baik karena ditalaq atau karena ditinggal mati oleh suaminya, mempunyai akibat hukum yang harus diperhatikan yaitu masalah iddah. Keharusan beriddah merupakan perintah Allah yang dibebankan kepada bekas istri yang telah dicerai baik dia (istri) orang yang merdeka maupun hamba sahaya untuk
melaksanakannya sebagai manifestasi ketaatan kepadanya. Untuk memudahkan pembahasan kita mengenai pengertian iddah ini, segi bahasa dan segi istilah.
1. Dari Segi Bahasa
Dari segi bahasa, iddah berasal dari kata عدد yang mempunyai arti bilangan atau hitungan dalam Kamus Arab Indonesia karangan Mahmud Yunus, iddah berasal dari kata عدّ yang berarti menghitung.
 Dengan demikian jika ditinjau dari segi bahasa, maka kata iddah dipakai untuk menunjukkan pengertian hari-hari haid atau hari suci pada wanita.

2. Dari Segi Istilah

Dari definisi di atas, dapat dipahami bahwa iddah adalah suatu tenggang waktu tertentu yang harus dijalani seorang perempuan sejak ia berpisah. Baik disebabkan karena talak maupun karena suaminya meninggal dunia. Dalam hal iddah ini wanita (istri) tidak boleh kawin dengan lakilaki lain sebelum habis masa iddahnya. Dengan demikian dapat diambil suatu pengertian bahwa iddah itu mempunyai beberapa unsur yaitu :
a. Suatu tenggang waktu tertentu
b. Wajib dijalani si bekas istri
c. Karena ditinggal mati oleh suaminya maupun diceraikan oleh
suaminya.
d. Keharaman untuk melakukan perkawinan selama masa iddah

DASAR HUKUM IDDAH
Setelah membahas masalah iddah dari segi pengertian, maka di bawah ini penyusun bahas dasar-dasar hukum iddah yang mengacu pada hukum naqli guna memperjelas tentang iddah itu sendiri.
A ) bukti dari al-quran


228. dan isteri-isteri Yang diceraikan itu hendaklah menunggu Dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak Yang dijadikan oleh Allah Dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu Dalam masa idah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. dan isteri-isteri itu mempunyai hak Yang sama seperti kewajipan Yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) Dengan cara Yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); Dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana


Ayat di atas walaupun sebenarnya telah dinasakh oleh ayat yang kemudian, akan tetapi kandungan dari hukum ayat tersebut tetaplah dipakai dan dipergunakan sebagai dalil hukum dalam penetapan hokum Islam syara’ yang berkenaan dengan masalah iddah istri. Ayat yang demikian ini dalam istilah ilmu ulumul qur’an disebut dengan baqouttilawah wa hukmi adamul





2. Dasar dari Hadits

وَعَنْ ابْنِ مَسْعُوْدِ فِى المُتَوَفَّى عَنْهَا زَوْجُهَا, وَهِيَ حَامِلٌ. قَالَ: اَيَجْعَلُوْنَ عَلَيْهَا التَّغْلِيْظُ , وَلَا يَجْعَلُوْنَ لَهَا الرُّخْصَةَ؟ اُنْزِلَتْ سُوْرَةُ النِّسَاءِ القَصْرَى بَعْدَ الطُّولَى (واولات الاحمال اجلهن ان يضعن حملهن) رواه البخارى والنسائى
Dari Abu Mas'ud Al Badry ra. Dari Nabi saw. Beliau bersabda "Apabila seseorang menafkahkan harta untuk keperluan keluarga, hanya berharpa dapat memperoleh pahala maka hal itu akan dicatat sebagai sedekah baginya."

KEADAAN IDDAH.

1. Iddah Perempuan yang Haid Jika perempuannya bisa haid maka iddahnya tiga kali quru'.Sebagaimana firman Allah :

228. dan isteri-isteri Yang diceraikan itu hendaklah menunggu Dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid)
Dengan ayat tersebut di atas jelaslah bahwa istri yang diceraikan oleh suaminya. Sedangkan istri tersebut belum pernah disetubuhi oleh suami yang mentalaknya, maka bagi si istri tersebut tidak mempunyai masa iddah. Sedangkan istri yang ditinggal suami dan pernah bersetubuh,maka ia harus beriddah seperti iddah orang yang disetubuhi, hal ini berdasar firman Allah SWT yang berbunyi sebagai berikut :

   
234. dan orang-orang Yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beridah) selama empat bulan sepuluh hari. kemudian apabila telah habis masa idahnya itu maka tidak ada salahnya bagi kamu mengenai apa Yang dilakukan mereka pada dirinya menurut cara Yang baik (yang diluluskan oleh Syarak). dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui Dengan mendalam akan apa jua Yang kamu lakukan



2. Iddah istri yang tidak berhaid
Istri yang tidak berhaid lagi jika dicerai oleh suaminya atau ditinggalmati oleh suaminya maka mereka (istri) beriddah selama 3 bulan. Ketentuan ini berlaku buat perempuan yang belum baligh dan perempuan yang sudah tua tetapi tidak berhaid lagi, baik ia sama sekali tidak berhaid sebelumnya atau kemudian berhaid akan tetapi putus haidnya. Hal iniberdasarkan pada firman Allah yang berbunyi sebagai berikut :

4. dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu Yang putus asa dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh idah mereka) maka idahnya ialah tiga bulan; dan (demikian) juga idah perempuan-perempuan Yang tidak berhaid. dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh idahnya ialah hingga mereka melahirkan anak Yang dikandungnya. dan (ingatlah), sesiapa Yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya Segala urusannya


3. Iddah istri yang telah disetubuhi
Iddah istri yang telah disetubuhi masih haid dan adakalanya tidak berhaid lagi. Masa iddah yang masih haid adalah selama 3 kali quru’ sebaaimana disebutkan dalam firman Allah sebagai berikut :

   
228. dan isteri-isteri Yang diceraikan itu hendaklah menunggu Dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak Yang dijadikan oleh Allah Dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu Dalam masa idah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. dan isteri-isteri itu mempunyai hak Yang sama seperti kewajipan Yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) Dengan cara Yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); Dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Arti quru’  dalam ayat di atas adalah jamak dari kata yang berarti haid, hal ini dikuatkan oleh Ibnul Qoyyim yang diterangkan oleh Sayyid Sabiq dalam bukunya Fiqih Sunnah bahwa kata quru’ hanya digunakan oleh agama yang berarti haid. Sesuai dengan firman Allah sebagai berikut :
...إذا طلقتم النساء فطلقوهن لعدتهن وأحصوا العدة...
Massa iddah untuk istri yang telah disetubuhi tetapi tidak mengalai haid maka lama iddah 3 (tiga) bulan atau 90 hari.

4. Iddah perempuan hamil
Perempuan yang dicerai atau ditinggal mati suami dan sedang hamil iddahnya sampai ia melahirkan. Hal ini didasarkan pada firman Allah yang berbunyi sebagai berikut :

واولات الاحمال اجلهن ان يضعن حملهن 28
Dan Perempuan-perempuan hamil masa iddah mereka ialah sesudah melahirkan (QS. At Thalaq : 4)

Istri tersebut harus menjalani masa tunggu yakni sampai ia melahirkan bayinya. Ini sejalan dengan Kompilasi Hukum Islam pasal “Apabila perkawinan putus karena perkawinan sedang janda
tersebut dalam keadaan hamil waktu tunggu ditetapkan sampai melahirkan”.

5. Iddah perempuan yang suaminya meninggal dunia
Iddah wanita yang ditinggal suaminya dan ia dalam keadaan tidak hamil maka lama iddahnya ialah 4 bulan 10 hari, ini didasarkan pada firman Allah yang berbunyi



 


234. dan orang-orang Yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beridah) selama empat bulan sepuluh hari. kemudian apabila telah habis masa idahnya itu maka tidak ada salahnya bagi kamu mengenai apa Yang dilakukan mereka pada dirinya menurut cara Yang baik (yang diluluskan oleh Syarak). dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui Dengan mendalam akan apa jua Yang kamu lakukan.
 (QS. Al Baqarah : 234)

Dan jika si istri seang hamil maka ia harus menjalani iddah atau masa tunggu sampai ia melahirkan bayinya (anaknya).

HAK DAN KEWAJIBAN SUAMI ISTRI PADA MASA IDDAH

1.    Hak Istri pada Masa Iddah

a. Mendapatkan nafkah selama masa iddah
b. Mendapatkan perumahan selama masa iddah
c. Istri berhak memutuskan untuk rujuk kembali, sedangkan kewajiban
istri adalah masa berkabung bila ia ditinggal mati suaminya.

2.    Kewajiban suami pada masa iddah istri

a. Suami wajib memberikan nafkah pada istri
b. Suami wajib memberikan perumahan pada istri
c. Suami berhak untuk merujuk kembali atau tidak


Adapun kewajiban lainnya bagi suami adalah memberikan biayanafkah selama masa iddah, sebagaimana yang terdapat dalam pasal 149 (sub adan b) yang berbunyi antara lain :
Bila perkawinan putus karena talak, maka bekas suami wajib :

a. Memberikan mut’ah yang layak kepada bekas istrinya, baik berupa
uang atau benda, kecuali bekas istri tersebut qobla audukhul
b. Memberi nafkah, maskan dan kiswah kepada bekas istri selama
dalam iddah, kecuali bekas istri telah dijatuhi talak ba’in atau
nusyuz dan dalam keadaan tidak hamil
Kewajiban suami yang dimaksud ayat gugur apabila istri nusyuz

HIKMAH DISYARIATKANNYA IDDAH  :-


1. Sebagai Pembersih Rahim
Ketegasan penisaban keturunan dalam Islam merupakan hal yang amat penting. Oleh karena itu segala ketentuan untuk menghindari terjadinya kekacauan nisab keturunan manusia ditetapkan di dalam AlQur'an dan As Sunnah dengan tegas. Diantara ketentuan tersebut adalah larangan bagi wanita untuk menikah dengan beberapa orang pria dalam waktu yang bersamaan.34 Dan disamping itu untuk menghilangkan keraguraguan tentang kesucian rahim perempuan tersebut, sehingga pada
nantinya tidak ada lagi keragu-raguan tentang anak yang dikandung oleh perempuan itu apabila ia telah kawin lagi dengan laki-laki yang lain.


2. Kesempatan untuk berfikir
Iddah khususnya dalam talak ra’ji merupakan suatu tenggang waktu yang memungkinkan tentang hubungan mereka. Dalam masa ini kedua belah pihak dapat mengintropeksi diri masing-masing guna
mengambil langkah-langkah yang lebih baik. Terutama bila mereka telah mempunyai putra-putri yang membutuhkan kasih sayang dan pendidikan yang baik dari orang tuanya.36 Disamping itu memberikan kesempatan berfikir kembali dengan pikiran yang jernih setelah mereka menghadapi
keadaan rumah tangga yang panas dan yang demikian keruh sehingga mengakibatkan perkawinan mereka putus. Kalau pikiran mereka telah jernih dan dingin diharapkan pada nantinya suami akan merujuk istri kembali dan begitu pula si istri tidak menolak untuk rujuk dengan suaminya kembali. Sehingga perkawinan mereka dapat diteruskan kembali.
  
3. Kesempatan untuk bersuka cita
Iddah khususnya dalam kasus cerai mati, adalah masa duka atau bela sungkawa atas kematian suaminya. Cerai karena mati ini merupakan musibah yang berada di luar kekuasaan manusia untuk membendungnya. Justru itu mereka telah berpisah secara lahiriyah akan tetapi dalam hubungan batin mereka begitu akrab.38 Jadi apabila perceraian tersebut karena salah seorang suami istri meninggal dunia, maka masa iddah itu adalah untuk menjaga agar nantinya jangan timbul rasa tidak senang dari
pihak keluarga suami yang ditinggal, bila pada waktu ini si istri menerima lamaran ataupun ia melangsungkan perkawinan baru dengan laki-laki lain.39

4. Kesempatan untuk rujuk
Apabila seorang istri dicerai karena talak yang mana bekas suami tersebut masih berhak untuk rujuk kepada bekas istrinya. Maka masa iddah itu adalah untuk berpikir kembali bagi suami untuk apakah ia akan kembali sebagai suami istri. Apabila bekas suami berpendapat bahwa ia
sanggup mendayung kehidupan rumah tangganya kembali, maka ia boleh untuk merujuk kembali istrinya dalam masa iddah. Sebaliknya apabila suami berpendapat bahwa tidak mungkin melanjutkan kehidupan rumah tangga kembali, ia harus melepas bekas istrinya secara baik-baik.Dengan demikian tampak dengan jelas bahwa iddah itu memiliki berbagai keutamaan di berbagai aspek, yang mana masing-masing mempunyai hubungan yang tidak dapat dipisahkan.

 Sehubungan dengan itu maka dapatlah suatu kesimpulan bahwa :

a. Perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi modern tidaklah dapat mengubah ketentuan dalam kasus-kasus yang sudah jelas dikemukakan dan ditetapkan oleh Al Qur'an dan as sunnah. Namun hanya dalam kasus wathsyubhat dan zina perkembangan ilmu
pengetahuan dan teknologi dapat dimanfaatkan, sebab hukum antara pria dan wanita dalam kasus ini hanya terkait pada masalah dhuhul yang menggunakan kesucian rahim.

b. Meskipun terdapat keyakinan bahwa rahim perempuan (istri) bersih dan diantara mereka (suami istri) tidak mungkin rujuk kembali, namun
tidaklah dapat dibenarkan bagiperem tersebut (bekas istri) melanggar
ketentuan iddah yang sudah dibentukan.
                                                                                                                   
c. Begitu pula sebaliknya tidaklah dapat dibenarkan untuk  
memperpanjang iddah bagi istri yang dapat mengakibatkan
penganiayaan maupun yang mendatangkan keuntungan baik bagi
bekas suami ataupun bagi bekas istri.


                                                                                                                                                                                         








































                                                                                                                                                                                                                KESAN

       Sepanjang tempoh masa saya menyiapkan kajian ini, terdapat banyak faedah yang saya perolehi. Selain daripada dapat mengenali tokoh pejuang tempatan yang banyak memberi sumbangan dalam mempertahankan Negara dari penjajah, saya juga dapat menambah koleksi bacaan ilmiah saya dan melatih saya untuk mengamalkan budaya membaca. Seterusnya, saya dapat berkongsi dan bertukar maklumat yang berguna sesama rakan sekuliah.
      Melalui kajian ini juga, saya dapati bahawa pemberlakuan  iddah bagi perempuan sudah dikenal semenjak  Islam belum lahir. Hanya saja ketika itu pemberlakuanya sangat tidak manusiawi semisal iddah bagi  perempuan   yang  ditinggal mati oleh suaminya. Masa iddah satu tahun merupakan  sebuah  ketentuan  yang ditetapkan  oleh  hukum  yang  berlaku  saat  itu. Perempuan yang menjalani iddah harus mengurung diri dalam rumah dengan menempati  tempat  yang  paling  jelek, seperti  kamar  mandi. Dia juga  tidak  boleh mandi, memotong kuku, menyisir rambut, dan merapikan diri. Setelah jangka waktu itu  selesai  ia diperkenankan  keluar  dan menempati  tepi-tepi  jalan dan melempari


anjing-anjing yang lewat dengan kotoran yang telah disediakan. Inilah potret iddah pra Islam.Kedatangan Islam ketika itu, bak kehadiran hujan yang selalu dinanti-nanti saat musim kemarau menggersangkan bumi. Kedatangan Islam benar-benar membuat sebuah perubahan yang signifikan. Sangat tepat sekali jika dengan syariat-syarit yang terkandung   dalam Islam  Ashar  Ali Engginer  mencetuskan teori  teologi  pembebasan139,
     Iddah yang saat ini masih diperlakukan pada seorang perempuan merupakan salah satu bidang hukum yang mengalami perubahan. Islam tidak menghapus hukum iddah bagi seorang perempuan hanya saja pemberlakuanya lebih manusiawi dan tidak terlalu memberatkan, sebagaimana yang berlaku sebelum Islam. Pemberlakuan iddah dalam al-Quran dan hadis sangat terperinci. Ayat-ayat al-Quran telah membaginya sesuai dengan penerapannya. Sebagimana dijelaskan dalam Q.S. al-Ahzab: 49, Q.S, al-Baqarah: 23 dan 228, dln Q.S. al-Thalaq: 4

          Sebagai ajaran paripurna di muka bumi ini, ajaran-ajaran Islam tetap relevan sepanjang zaman dalam menjawab setiap permasalahan yang ada. Allah swt, tidak menjadikan  al-Quran  dan  al-Sunnah  yang merupakan  sumber  utama  ajaran  Islam dalam bentuk baku, final, dan siap pakai secara rinci, namun hanya memuat prinsip- prinsp umum.   Allah swt, mendesain sedemikian rupa, bahwa teks normative keagamaan yang terdapat dalam al-Quran dan al-Sunnah tidak menjelaskan semua hal dalam bentuk terperinci. Ada teks yang bersifat umum, dan teks yang bersifat khusus. Ada nash yang global dan ada pula yang terperinci. Ada yang bersifat pasti yang tidak mungkin untuk dikembangkan lagi, tetapi di sisi lain ada pulayang berupa prinsip-prinsip yang sangat terbuka untuk dikembangkan.

by: nadiani & marina


talak

by: nasrul & hanif

Definisi:
Talak atau penceraian bermaksud merombak atau melepaskan ikatan akad perkahwinan dengan menggunakan perkataan talak (cerai) dan seumpamanya.
Talak boleh berlaku dengan cara segera iaitu melalui talak bain atau berlaku pada masa depan iaitu melalui talak raj’i sebaik sahaja tamat tempoh iddah.
Pensyariatan talak:
Berdasarkan quran, sunnah, dan ijmak. Firman allah dalam surah al-talak 65;1…..

1.  Hai nabi, apabila kamu menceraikan Isteri-isterimu Maka hendaklah kamu ceraikan mereka pada waktu mereka dapat (menghadapi) iddahnya (yang wajar)[1481] dan hitunglah waktu iddah itu serta bertakwalah kepada Allah Tuhanmu. janganlah kamu keluarkan mereka dari rumah mereka dan janganlah mereka (diizinkan) ke luar kecuali mereka mengerjakan perbuatan keji yang terang[1482]. Itulah hukum-hukum Allah, Maka Sesungguhnya dia Telah berbuat zalim terhadap dirinya sendiri. kamu tidak mengetahui barangkali Allah mengadakan sesudah itu sesuatu hal yang baru[1483].

[1481]  Maksudnya: isteri-isteri itu hendaklah ditalak diwaktu Suci sebelum dicampuri.
[1482]  yang dimaksud dengan perbuatan keji di sini ialah mengerjakan perbuatan-perbuatan pidana, berkelakuan tidak sopan terhadap mertua, ipar, besan dan sebagainya.
[1483]  Suatu hal yang baru maksudnya ialah keinginan dari suami untuk rujuk kembali apabila talaqnya baru dijatuhkan sekali atau dua kali.

Juga dalam surah al-baqarah 2;229……..

229.  Talak (yang dapat dirujuki) dua kali. setelah itu boleh rujuk lagi dengan cara yang ma'ruf atau menceraikan dengan cara yang baik. tidak halal bagi kamu mengambil kembali sesuatu dari yang Telah kamu berikan kepada mereka, kecuali kalau keduanya khawatir tidak akan dapat menjalankan hukum-hukum Allah. jika kamu khawatir bahwa keduanya (suami isteri) tidak dapat menjalankan hukum-hukum Allah, Maka tidak ada dosa atas keduanya tentang bayaran yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya[144]. Itulah hukum-hukum Allah, Maka janganlah kamu melanggarnya. barangsiapa yang melanggar hukum-hukum Allah mereka Itulah orang-orang yang zalim.

[144]  ayat inilah yang menjadi dasar hukum khulu' dan penerimaan 'iwadh. Kulu' yaitu permintaan cerai kepada suami dengan pembayaran yang disebut 'iwadh.
Hadith : Sabda rasulullah s.a.w
أبغض الحلال إلى الله تعالى الطلاق.
Ertinya: “perkara halal yang paling tidak disukai allah adalah talak”
(riwayat abu daud)

Ijmak ulama’ : semua ulama’ bersepakat mengatakan talak disyariatkan. Tidak ada seorang pun yang mengingkarinya.

Hukum talak:
Mengikut jumhur ulama (maliki, syafi’I dan hanbali), talak adalah diharuskan, tetapi lebih utama ditinggalkan. Ada 4 jenis hokum talak :
Haram: seseorang mentalak isterinya dan menyedari jika ia bercerai ,kemungkinan besar ia akan melakukan perbuatan zina kerana tak mampu menahan diri, dan dalam masa yang sama dia tidak mampu berkahwin lain. Haram juga talak bid’i, iaitu talak yang dijatuhkan ketika isteri dalam keadaan haid,nifas atau waktu suci yang sudah disetubuhi.
Makruh : suami ingin berkahwin lain, atau ingin mendapatkan keturunan, sedangkan isteri yang sedia ada tidak meninggalkan ibadat wajib, dan suami tersebut tidak pula khuatir akan berzina jika ia bercerai.  Makruh juga jika ia dilakukan tanpa keperluan ,kerana hadith riwayat ibn umar yang bermaksud  : perbuatan halal yang dimurkai allah adalah talak. (abu daud)

Wajib : wajib dilaksanakan kalau isteri melakukan perbuatan-perbuatan haram. Talak juga wajib dilakukan oleh hakim kalau terjadinya ila’ oleh suami, dan setelah empat bulan menunggu, suami tidak kembali.






Sunat :   apabila isteri seorang yang suka bercakap tidak sopan, dikhuatiri kerana percakapannya itu boleh membawa kepada tindakan-tindakan yang diharamkan allah.  Bagi isteri yang suka melalaikan kewajipan agama, seperti solat dan tidak mahu berubah walaupun sudah dinasihatkan berulang kali, maka menceraikan nya juga sunat.
Wanita yang suka bergaduh dan tidak mampu memelihara akhlaknya dengan baik juga sunat diceraikan kerana khuatir akan membawa kemudharatan terhadap rumah tangga dan menghancurkan masa depan anak-anak.

Rukun talak:
Mengikut ulama’ syafi’I dan hanbali, ada 5 ruku talak.
1.orang yang mentalak
2.shighah
3.orang yang diceraikan
4.kuasa mencerai
5.ada kesengajaan atau qasad untuk menceraikan

 Hikmah talak:
1.mengelakkan perkara yang boleh membawa kepada kerosakan iman dan agama.
2.berpisah dengan cara baik kerana berpisah juga merupakan sunnah allah.
3. .jalan terakhir supaya pasangan suami isteri tidak ambil mudah tentang  hukum allah dalam masalah penceraian
4. jalan terakhir yang diambil apabila kedua-dua pihak tidak dapat hidup bersama
Firman allah dalam surah an-nisa’ ayat 130:

130.  Jika keduanya bercerai, Maka Allah akan memberi kecukupan kepada masing-masingnya dari limpahan karunia-Nya. dan adalah Allah Maha luas (karunia-Nya) lagi Maha Bijaksana


Kuasa talak:
1.hak suami


 Syarat sah talak:
1.Yang mentalaq itu hendaklah suami yang sah bagi perempuan yang diceraikan.
Baligh,berakal dan perbuatan atas pilihan sendiri
2.Dengan qasad atau adanya keinginan
Jika talaq yang dilafazkan main-main tetapi memahami erti talaq itu maka tertalaqlah.
3.Isteri yang sah
4.Sighah
Talaq dikira jatuh dalam bahasa arab,bahasa lain,melalui tulisan dengan isyarat atau cara lain yang bererti talak. Talak akan jatuh dengan ucapan yang sorih (jelas). Talak yang diucapkan dengan kinayah atau kiasan tidak jatuh jika tiada niat untuk menceraikan kecuali ada niat untuk menceraikan maka jatuh talak tersebut.


KADAR BILANGAN TALAK
Kadar bilangan talak dapat ditentukan berdasar dalil-dalil yang terdapat dalam al quran

229.  Talak (yang dapat dirujuki) dua kali. Setelah itu boleh rujuk lagi dengan cara yang ma’ruf atau menceraikan dengan cara yang baik. Tidak halal bagi kamu mengambil kembali sesuatu dari yang Telah kamu berikan kepada mereka, kecuali kalau keduanya khawatir tidak akan dapat menjalankan  okum-hukum Allah. Jika kamu khawatir bahwa keduanya (suami isteri) tidak dapat menjalankan  okum-hukum Allah, Maka tidak ada dosa atas keduanya tentang bayaran yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya[144]. Itulah  okum-hukum Allah, Maka janganlah kamu melanggarnya. Barangsiapa yang melanggar  okum-hukum Allah mereka Itulah orang-orang yang zalim.

230.  Kemudian jika si suami mentalaknya (sesudah Talak yang kedua), Maka perempuan itu tidak lagi halal baginya hingga dia kawin dengan suami yang lain. Kemudian jika suami yang lain itu menceraikannya, Maka tidak ada dosa bagi keduanya (bekas suami pertama dan isteri) untuk kawin kembali jika keduanya berpendapat akan dapat menjalankan  okum-hukum Allah. Itulah  okum-hukum Allah, diterangkan-Nya kepada kaum yang (mau) Mengetahui.

Jenis-jenis talak
Terbahagi kepada 3 jenis:
1.dilihat dari kejelasan lafaz
i.sarih :  lafaz yang digunakan jelas menunjukan kepada makna talak dan lafaz itu tidak boleh ditafsir dengan makna lain. Lafaznya ada 3 الطلاق, السراح, الفراق.
Firman allah : surah at-talaq :1
 •       ..............
1. Hai nabi, apabila kamu menceraikan Isteri-isterimu Maka hendaklah kamu ceraikan mereka pada waktu mereka dapat (menghadapi) iddahnya (yang wajar
Surah al ahzab : 28
   
28.  ........... Aku ceraikan kamu dengan cara yang baik.
surah at-talaq : 2
        ...
2.  Apabila mereka Telah mendekati akhir iddahnya, Maka rujukilah mereka dengan baik atau lepaskanlah mereka dengan baik ...






ii. kinayah :  lafaz yang boleh ditafsirkan sebagai talak atau selain talak

2.keadaan isteri yang diceraikan ,haid, suci, dewasa dan kanak-kanak, maka talak dibahagi kepada
talak sunni  :  suami menjatuhkan talak sewaktu isteri suci dari haid dan nifas dan tidak disetubuhi ketika suci. Talak ini adalah harus. Talak ini juga jatuh (sah)
firman allah dalam surah at-talaq :1
………  •     
1.  Hai nabi, apabila kamu menceraikan Isteri-isterimu Maka hendaklah kamu ceraikan mereka pada waktu mereka dapat (menghadapi) iddahnya (yang wajar)[1481]
[1481]  Maksudnya: isteri-isteri itu hendaklah ditalak diwaktu Suci sebelum dicampuri.

talak bid’ie:   suami menjatuhkan talak sewaktu isteri dalam keadaan haid atau nifas atau dalam keadaan suci yang sudah disetubuhi.  Talak ini adalah haram. Tetapi talak ini tetap jatuh sah dan pelakunya (suami) berdosa.
Sebab talak ini diharamkan: Sabda rasulullah:
لا ضَرَرَ ولا ضِرَرَ    
ertinya:  tidak boleh melakukan ضَرر (menyakiti orang yang tidak menyakitinya) dan ضِرر (menyakiti dengan cara yang tidak sebenar orang yang menyakitinya)
(riwayat malik)

talak bukan sunni dan bukan bid’i :  suami menjatuhkan talak terhadap isteri yang masih kanak-kanak yang belum haid, Isteri yang sudah putus haid ,dalam keadaan hamil atau dalam keadaan tuntutan khuluk. Talak ini tidak diharamkan kerana tidak member mudharat kepada isteri yang diceraikan.

jenis-jenis talak bain
1.bain sughra
Suami yang mentalak isterinya tidak boleh merujuk kembali kecuali dengan aqad yang baru dan mahar yang baru
Kesan: 1.haramnya bersetubuh sekiranya terjadi talak tersebut, tidak ada hak untuk kembali kepada bekas isteri kecuali dengan aqad baru
2.berkurangnya bilangan talak yang dimiliki suami seperti talak raj’i
3.hilang hak dari mewarisi pusaka kedua-dua belah pihak. Sekiranya isteri mati, suami tidak berhak mewarisi pusaka isteri begitu juga sebaliknya.



2.bain kubra
Suami yang telah mentalak isterinya tidak dapat lagi kembali semula kepadanya kecuali wanita (isteri) tersebut  berkahwin dengan lelaki lain dengan perkahwinan yang sah dan telah bersetubuh dengan suaminya yang sebenar, kemudian ia bercerai atau berpisah dengan suaminya itu, dan berakhir iddahnya.

Sabitan talak
Seandainya terjadinya keraguan , para fuqaha sepakat mengatakan bahawa talak tidak jatuh kerana adanya syak, kerana pernikahan itu terjadi dengan yakin.j
Jika terjadi keraguan tentang bilangan talak yang pernah dijatuhkan oleh suami, maka yang diambil kira adalah yang paling sedikit dari jumlah tersebut, ini adalah pendapat jumhur ulama’ kecuali ulama’ maliki.

mahar

by : afiqah & amanina